DEMAM DENGGI
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan
oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes
betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang
berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi
yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama
3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan
gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut
(acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa
dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait
rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza
menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi
yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi
disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh
Aedes albopictus).
PETUA
MERAWAT DENGGI
Petua Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat
1. Jus daun betik.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Hilmi Yahaya berkata penyelidikan awal menunjukkan bahawa ekstrak daun betik dapat meningkatkan tahap platlet dalam pesakit yang menghidap demam denggi. Namun, ada juga di kalangan pesakit yang meminum jus ini tetapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kenapa? Ini terjadi kerana sudah ketara terdapat binti-bintik merah dan bilangan platlet sudah terlampau rendah baru nak minum.

Sebagai cadangan, ambil 3 pelepah daun betik (pelepah dan daunnya), potong pendek-pendek masukkan dalam periuk, masukkan 3 gelas air kemudian rebus dengan api sederhana sehingga menjadi segelas air. Biarkan hampir sejuk kemudian minum.
2. Jus jambu batu merah
mengandungi vitamin C dan ia membantu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
mengandungi vitamin C dan ia membantu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
3. Air masak/ air suam
Minumlah air masak dengan kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau kita perhatikan di hospital, pesakit demam denggi hanya dirawat dengan masuk air sahaja. Tukar darah akan dilakukan sekiranya platlet turun ke paras bahaya sahaja. Ini membuktikan bahawa kandungan air yang banyak dapat menyembuhkan kita daripada demam denggi.

Cadangan: Minum segelas air masak pada setiap setengah jam. Ia akan meneutralkan kandungan asid dalam badan kita.
4. Sup Ketam.
Sup ketam merupakan salah satu cara traditional untuk melawan demam denggi. Ketam dipercayai mengandungi protein yang tinggi dan ia dapat membantu meningkatkan kandungan platlet darah dalam badan.
Sup ketam merupakan salah satu cara traditional untuk melawan demam denggi. Ketam dipercayai mengandungi protein yang tinggi dan ia dapat membantu meningkatkan kandungan platlet darah dalam badan.
Cadangan: Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.
5. Jus buah kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.
6. Jus buah kurma sangat tinggi dari segi kandungan gula, zink, dan vitamin. Selain untuk membantu pesakit demam denggi, ia memang terkenal sebagai penawar segala penyakit.
Cadangan:
Kisar 10-20biji kurma dengan air suam dan minum jusnya pagi dan malam.
7. Jus pegaga.
Sama seperti jus kurma. Hanya perlu kisar dan minum jusnya.
8. Tembikai merah.
Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.
9. Minuman isotonik dapat membantu menambahkan tenaga. Ia dapat membantu pesakit untuk kekal hidrasi.
10. Air kelapa muda dapat menambahkan tahap mineral yang hilang di dalam badan disebabkan demam denggi selain menyejukkan badan.
No comments:
Post a Comment