LALAT
Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang.
Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan
yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan
penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang
ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat
adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.
Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di
kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi
tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya
terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.
Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
1. Lalat
rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
2. Lalat
hijau
3. Lalat
tsetse Dari Kamus Dewan -(sétsi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg
berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan
menyebarkan penyakit tidur.
4. Lalat
bunga
5. Lalat
buah
ANTARA PETUA MENGHALAU LALAT DARI RUMAH ANDA
Bunga Cengkih
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letakkan di atas meja makan ataupun di kawasan dapur. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. Jika kehadiran lalat sering mengganggu anda sekeluarga yang ingin menjamu selera ataupun anda nak elak lalat hinggap di atas makanan yang baru selesai dihidangkan, nyalakan sebatang dua lilin. Lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil daun kari dan letakkan dalam mangkuk atau bekas berisi air dan biarkan terdedah di atas meja makan.
Cili belah dua
Selain itu anda juga boleh meletakkan cili (di belah dua) di atas meja sewaktu anda tengah menikmati hidangan.
Kulit kayu Manis
Aromaterapi di ruang makan anda, iaitu anda isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau wangi yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Limau Purut Dan Cengkih
Limau purut dan cengkih, kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. Tetapi tidak untuk lalat.
Sebab itulah anda boleh membuat penghalau lalat yang berkesan dengan menggunakan gabungan kedua-dua bahan ini.
Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di bawah ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.
Ia dikatakan turut berkesan untuk menghalau nyamuk tau!
Serai Wangi ( Spray Serai Wangi)
Satu lagi tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan untuk bagi lalat dan serangga adalah serai.
Seeloknya, tanam pokok serai wangi di sekitar rumah. Kalau tak dapat, gunakan serai wangi ini untuk membuat semburan organik.
Caranya juga amat senang. Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray. Siap!
Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak mendekatinya.
Anda juga boleh membeli " Spray Serai wangi " pada link yang disediakan.
Gantungkan Air Dalam Bekas Plastik
Jika anda berniaga atau mempunyai restoran, anda boleh menggunakan petua halau lalat yang ini.
Caranya mudah, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.
Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.
Ada juga yang memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.
Timun
Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat.
Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.
Anda juga boleh meletakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah.
No comments:
Post a Comment