Tuesday, November 14, 2017

PETUA MEREDAHKAN SAKIT MELECUR TEKENA AIR PANAS ATAU MINYAK


MELECUR
Lecur atau luka bakar[ merupakan sejenis kecederaan yang berlaku pada daging atau kulit disebabkan terkena kepada haba, elektrik, bahan kimia, cahaya, sinaran atau geseran. Kebanyakkan kejadian lecur hanya memberi kesan kepada kulit (tisu epidermis). Bahagian tisu yang lebih dalam seperti otot, tulang dan pembuluh darah juga kadang-kala mengalami lecur. Lecur mungkin boleh dirawat dengan pertolongan cemas dan dalam kes yang teruk, seseorang itu mungkin terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.





LIDAH BUAYA


Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera.  Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.

KAPUR SIRIH

Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.

SERBUK KOPI

Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.

PELEPAH PISANG

Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.


TELUR

Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.

 TEPUNG


Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.

UBAT GIGI


Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.

No comments:

Post a Comment