DARAH
TINGGI
Tekanan darah adalah tekanan yang
dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh
denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension)
merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa
secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan
darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah
tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama
sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika
tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda
untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Kategori
|
sistolik, mm Hg
|
diastolik, mm Hg
|
Normal
|
90–119
|
60–79
|
Normal tinggi[3]
(Prahipertensi) |
120–139
|
80–89
|
Darah Tinggi Peringkat 1
|
140–159
|
90–99
|
Darah Tinggi Peringkat 2
|
160–179
|
100–109
|
Darah Tinggi Peringkat 3[4][5]
(Kecemasan hipertensif) |
≥180
|
≥110
|
≥140
|
<90
|
CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Garam bukanlah musuh utama kepada
tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu
keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari
sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan.
Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah
akan menjadi lebih tinggi.
MAKAN BUNGA RAYA
Bunga raya telah digunakan secara
semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan
khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi
sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya
mengurangkan tekanan pada dinding arteri.
Apa yang lebih menarik ialah bagaimana
Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme
(ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan
farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.
Mereka berfungsi dengan menghalang
enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone
renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil
daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah
dalam saluran.
MINUM AIR KELAPA
Air kelapa segar mengandungi kalium dan
magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain
termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh
membantu mengurangkan tekanan darah.
AMBIL MINYAK IKAN
Mungkin anda sudah jemu mendengar
tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik
untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan
dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti
dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan
meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).
SENAMAN
Tidak ada benda lain yang dapat
menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan
masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus
untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot
akan menjadi lebih kuat dengan senaman.
BAWANG PUTIH
Bawang putih bermanfaat untuk menangani
pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan
sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila
ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut
kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih
berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang
mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10%
dalam tempoh 12 minggu.
AMBIL TEMBIKAI DI PAGI HARI
Tembikai sering dianggap sebagai
buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan
darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil
citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine,
seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan
sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan
vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.
TEH HALIA-PELAGA
Satu hasil kajian yang dilakukan pada
bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik
menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap
hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan
darah.
Dengan gabungan halia dan kayu manis,
kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan
jantung anda.
SIRAP BLUBERI
Sirap semula jadi yang dibuat sendiri
di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Bluberi kaya dengan quercetin dan
flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya
dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!
No comments:
Post a Comment