Tuesday, November 14, 2017

PETUA PADA SUAMI SUPAYA ISTERI MENGANDUNG CEPAT

KESUBURAN

Kesuburan ialah keupayaan membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, "kadar kesuburan" ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh). Lawan kepada kesuburan ialah kemandulan.

Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor nutrisi, kelakuan seks, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.

Dalam konteks demografi, kesuburan bermaksud kelahiran anak sebenar, bukan kemampuan fizikal untuk melahirkan anak, iaitu kefekunan. Kesuburan boleh diukur, tetapi kefekunan pula tidak. Ahli demografi mengukur kadar kesuburan dengan pelbagai cara, tetapi pada umumnya terdiri daripada ukuran "jangka masa" dan ukuran "kohort". Ukuran "jangka masa" merupakan keratan rentas kependudukan dalam setahun; manakala data "kohort" pula mengikuti follows orang-orang yang sama sepanjang berpuluh-puluh tahun. Kedua-dua ukuran jangka masa dan kohort digunakan secara meluas

PETUA ISTERI MENGANDUNG CEPAT


PETUA UNTUK SUAMI
Suami sebaiknya mengelakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air  agak panas.

Ini kerana ia mungkin akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau suhu yang agak panas di kawasan testis (pembentuk sperma) akan memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.


NIKMATI PROSES HUBUNGAN SEKSUAL ANDA
Daripada penelitian pakar, ia  menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme iaitu klimaks semasa hubungan kelamin, ia akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina.

Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.


KEKERAPAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL
Ini bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.

Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”.

Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada. Hubungan pada masa isteri subur amatlah digalakkan sebagai petua cepat hamil.



No comments:

Post a Comment