Tuesday, November 14, 2017

PETUA MENGANDUNG CEPAT

HUBUNGAN INTIM

Hubungan intim ialah hubungan antara perorangan yang amat rapat. Pesertanya sungguh mengenal atau mempercayai satu sama lain mahupun merupakan setiawan sesama. Hubungan intim juga boleh merujuk kepada hubungan yang berkeintiman fizikal atau berkeintiman emosi. Ia dicirikan oleh cinta yang romantis atau cinta yang penuh berahi, serta juga perapatan atau hubungan jenis.

Hubungan intim memainkan peranan yang utama dalam pengalaman manusia pada keseluruhannya. Manusia mempunyai keperluan sejagat untuk menyertai kelompok sosial, dengan keperluan itu dapat dipenuhi apabila hubungan intim dibentuk. Hubungan intim boleh terdiri daripada:

1.   orang yang menarik kita;
2.   mereka yang kita suka atau cintai;
3.   hubungan dengan orang yang romantik serta perhubungan jantina; dan
4.   mereka yang kita mengahwini dan yang kita memberikan sokongan emosi serta sokongan peribadi.
5.   Hubungan intim membekalkan seseorang dengan rangkaian sosial yang pula memberikan rapit emosi, selain daripada memenuhi keperluan sejagat untuk menyertai kelompok sosial dan keperluan untuk disayangi.

Kajian hubungan intim yang sistematik merupakan sebahagian penyelidikan yang agak baharu dalam bidang psikologi sosial yang telah muncul hanya beberapa dekad dahulu.Meskipun begitu, pemikiran sosial dan analisis hubungan intim telah wujud sejak zaman ahli falfasah Yunani yang awal. Walaupun kajian sarjana yang awal juga minat menyelidiki hubungan intim, ia dihadkan kepada diad atau kumpulan kecil di khalayak dan menumpukan dengan amat khusus tingkah-tingkah laku seperti:

o  persaingan dan kerjasama;
o  perundingan dan tawar-menawar;
o  pematuhan dan pertentangan.


PETUA MENGANDUNG CEPAT


TIPS HUBUNGAN SEKSUAL
30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersih-bersihnya


TIPS HUBUNGAN SEKSUAL
Setelah anda selesai melakukan hubungan seks jangan banyak bergerak atau bangun. Sebaiknya, anda terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalam faraj dan mencari telur ovari.


TIPS HUBUNGAN SEKSUAL
Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda. Bersihkan faraj anda selepas lebih kurang 30 minit selepas melakukan hubungan.


No comments:

Post a Comment