Tuesday, November 14, 2017

PETUA ISTERI MENGANDUNG CEPAT

KESUBURAN

Kesuburan ialah keupayaan membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, "kadar kesuburan" ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh). Lawan kepada kesuburan ialah kemandulan.

Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor nutrisi, kelakuan seks, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.

Dalam konteks demografi, kesuburan bermaksud kelahiran anak sebenar, bukan kemampuan fizikal untuk melahirkan anak, iaitu kefekunan. Kesuburan boleh diukur, tetapi kefekunan pula tidak. Ahli demografi mengukur kadar kesuburan dengan pelbagai cara, tetapi pada umumnya terdiri daripada ukuran "jangka masa" dan ukuran "kohort". Ukuran "jangka masa" merupakan keratan rentas kependudukan dalam setahun; manakala data "kohort" pula mengikuti follows orang-orang yang sama sepanjang berpuluh-puluh tahun. Kedua-dua ukuran jangka masa dan kohort digunakan secara meluas

PETUA ISTERI MENGANDUNG CEPAT


JUMPA DOKTOR ANDA
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.

Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.

Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

BERAT BADAN IDEAL
Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

Cara pengiraan BMI anda ialah  dengan :

Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]


TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimum dengan mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimum, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.

Sekiranya terdapat sebarang isu seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor secepat mungkin.

BERSENAM
Bersenam secara rutin setiap hari . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

No comments:

Post a Comment