GASTRIK
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di
bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer)
ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak
menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh
menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan
kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan
terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren
dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa
dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik
disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang
berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan
asid tersebut.
PETUA
MERAWAT GASTRIK
Daun Kunyit
Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit.
Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik.
2. Daun Jambu Batu
Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.
Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.
Mungkin ramai yang tahu, halia memang mujarab dalam melegakan perut kembung dan berangin.
Selain itu, halia memang banyak sangat khasiatnya serta bersifat anti-kanser, seperti kunyit.
Kunyah halia selepas makan setiap hari. Tidak pun, campurkan hirisan halia dalam makanan.
Anda juga boleh minum teh halia untuk atasi masalah gastrik.
4.Soda Penaik
Eh, soda penaik ni bukan nak buat kek ke? Haa.. Jangan tak tahu, soda penaik pun boleh dijadikan penawar gastrik ye. Sodium bikarbonat yang terdapat dalam soda penaik ini bertindak sebagai antasid, lalu membantu meneutralkan asid dalam perut.
Caranya, campurkan ¼ sudu soda penaik ke dalam segelas air dan minum. Ia dapat melegakan sakit gastrik buat sementara waktu.
Masukkan dua sudu cuka epal dalam air suam dan biarkan seketika baru diminum. Ia akan segera mengatasi masalah gastrik yang dihidapi.Seelok-eloknya, cari cuka epal yang asli dan tidak dicampur dengan bahan lain. Walaupun rasanya adalah sangat masam, namun ia amat baik untuk tubuh badan.Selain cuka epal, anda juga boleh mencuba cuka kurma
6.Kayu Manik
Kayu manis memang adalah rempah yang selalu kita gunakan dalam masakan seperti sup, kurma, dan kari.
Rebus kayu manis hingga didih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Cara lain, masukkan ½ sudu serbuk kayu manis dan madu dalam segelas susu suam dan minum.
Selain itu, anda juga boleh mencampurkannya ke dalam teh. Lebih beraroma!
Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi. Ia mengandungi allicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang paling utama berfungsi sebagai zat anti bakteria.
Untuk mendapatkan kesan paling maksimum, panggang dua ulas bawang putih. Buang kulitnya dan makan begitu sahaja.
Jika tidak mampu makan begitu, rebus bawang putih bersama lada hitam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum dua kali sehari untuk hilangkan sakit gastrik.
No comments:
Post a Comment