RAMBUT
Rambut merupakan anggota badan yang
terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang
rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.
CARA MERAWAT RAMBUT KERING DAN MENGEMBANG
JANGAN MENGGUNAKAN SHAMPO SECARA
BERLEBIHAN
Penggunaan shampo ketika memicit kepala
merupakan penyebab utama rambut menjadi kering. Tentu tidak mendatangkan
masalah jika memakai shampo 2 hingga 3 hari sekali namun, jika anda memicit
dengan shampo setiap hari ianya boleh menghilangkan minyak semulajadi yang
terdapat di kulit kepala anda. Tidak betul juga jika anda memakai shampoo
sebulan sekali. Cara merawat rambut kering dan mengembang yang betul adalah
keramas dengan shampo paling tidak 3 hari sekali untuk merangsang kelenjar
minyak pada kulit kepala.
SAYANGI RAMBUT KERING ANDA
Jenis rambut kering lebih mudah putus,
bercabang atau mengembang. Cara merawat rambut kering dan mengembang harus
lembut ketika memicit kulit kepala. Hindari menggosok atau menggaru kulit
kepala dengan menggunakan kuku jari atau pun menarik rambut anda dengan keras
dan kuat. Hal ini bertujuan untuk menghindari rambut anda daripada cepat putus
serta mencegah berlakunya iritasi pada kulit kepala.
TIPS MENYIKAT RAMBUT YANG BETUL
Tahukah anda, menyisir atau menyikat
rambut ketika masih basah boleh menyebabkan kekeringan dan kerosakan rambut?
Keadaan rambut yang masih basah dan kemudiannya terus disisir atau disikat akan
mudah rapuh dan patah.
Tunggulah sehingga rambut anda
benar-benar kering atau boleh memakai tuala untuk mengelap dan mengeringkan
rambut secara perlahan-lahan. Pilihlah juga berus, sisir atau sikat rambut yang
lembut, terutama yang memiliki karet di hujungnya. Jangan menggunakan sisir
atau sikat yang mempunyai gigi yang rapat jika kamu memiliki rambut yang
keriting dan mengembang. Sisir dan sikat juga berpengaruh dalam penghasilan
sebum rambut dan juga pelancaran peredaran darah di kulit kepala. Gunakanlah
sisir atau sikat yang bergigi lebar dengan hujung tumpul untuk rambut jenis
ini.
MEMILIH KONDISIONER YANG SESUAI
Cara merawat rambut kering dan
mengembang dengan menggunakan kondisioner adalah memilih kondisioner rambut
yang tidak mengandungi alkohol. Hal ini kerana kandungan alkohol yang ada di
dalamnya dapat membuatkan rambut semakin kering dan mengembang.
BIARKAN RAMBUT TERURAI KETIKA TIDUR
Jika anda suka memakai pengikat rambut,
lepaskanlah ketika akan mahu tidur. Tujuannya adalah untuk membuatkan rambut
terurai sehingga mencegah ianya mengembang. Selain itu tabiat itu juga
membuatkan akar rambut anda bebas bernafas. Selain menyebabkan rambut anda
kering dan mengembang, mengikat rambut ketika tidur juga boleh membuatkan
rambut anda menjadi kusut dan rapuh.
MANFAATKAN KHASIAT SEMULAJADI LIMAU
NIPIS
Buah limau nipis adalah berguna untuk
membersihkan kotoran yang menempel pada kulit kepala anda serta membuat rambut
sentiasa kelihatan sihat dan berkilau. Cara merawat rambut kering dan
mengembang dengan menggunakan limau nipis sangat mudah. Anda hanya perlu
memicit kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan air perahan limau
nipis. Biarkan sehingga 30 minit kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.
PERHATIKAN ALAT PENATA RAMBUT
Terburu-buru dan ingin rambut cepat
kering adalah alasan bagi setiap wanita untuk selalu menggunakan alat pengering
rambut. Angin panas yang keluar daripada alat pengering rambut membuatkan
rambut keriting semakin kering dan kusut. Gunakan tuala untuk mengeringkan
rambut anda. Keringkan perlahan-lahan dengan cara menepuk-nepuk rambut yang
masih basah menggunakan tuala. Jika anda ingin mengeringkan rambut anda dengan
menggunakan alat pengering rambut, cukup sekadar untuk menghilangkan air yang
menitis daripada rambut hingga rambut anda menjadi setengah kering. Anda boleh
menggunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan rambut namun ataurkan
tahap kepanasannya dengan tidak terlalu panas. Anda juga perlu menghindari
daripada menarik atau meregangkan rambut ketika terkena panas. Cara ini
bertujuan untuk mencegah rambut darippada kering, mengembang dan bercabang.
JAGA RAMBUT TETAP LEMBAB
Seperti yang sudah dijelaskan
sebelumnya, rambut yang kering adalah penyebab utama rambut menjadi mengembang.
Salah satu cara paling ampuh untuk menjaga kelembaban rambut adalah dengan
menggunakan kondisioner. Kondisioner sendiri berfungsi untuk melindungi rambut
dan mempertahankan kelembabannya agar tidak kering. Hindari mengikat rambut
saat tidur, karena mengikat rambut saat tidur membuatnya sulit bernafas. Akibat
lainnya adalah membuat rambut menjadi kusut dan rapuh.
BERIKAN NUTRISI SECUKUPNYA UNTUK RAMBUT
Kesihatan rambut juga boleh ditentukan
oleh nutrisi yang kita ambil setiap hari. Protein, vitamin E, serta mineral
seng (zinc) adalah tiga nutrisi utama tubuh badan kita yang paling diperlukan
untuk menjaga kesihatan rambut anda. Ianya termasuklah untuk mencegah rambut
anda daripada menjadi kering dan mengembang. Sumber protein dan zinc dapat
diperoleh daripada makanan laut, manakala vitamin E dapat diperoleh daripada
sayur-sayuran.
GUNAKAN MASKER RAMBUT
Masker rambut (hair mask) adalah salah
satu cara paling efektif untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar.
Ada pelbagai macam jenis hair mask yang tersedia di pasaran. Namun anda juga
boleh membuat masker rambut anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan
semulajadi seperti buah alpukat atau minyak zaitun. Cara membuatnya hanyalah
dengan mengisar 1/2 bahagian buah alpukat dan 2 sudu makan minyak zaitun.
Setelah itu sapukan bahan tersebut keseluruh bahagian rambut, diamkan selama 15
minit, lalu bilas dengan air sampai bersih. Selain masker rambut, anda juga
boleh menggunakan serum rambut yang juga berfungsi untuk memberi nutrisi kepada
rambut anda dari luar.
JANGAN GUNAKAN PEMANAS RAMBUT
BERLEBIHAN
Beberapa jenis alat pemanas rambut
seperti alat pengering rambut mungkin adalah salah satu penyebab rambut kering
dan mengembang yang anda alami. Alat pengering rambut memang selamat jika hanya
sesekali digunakan. Namun jika alat ini digunakan terlalu berlebihan, maka
rambut akan menjadi kering dan akhirnya mengembang serta sukar untuk diatur dan
digayakan.
GUNAKAN MINYAK RAMBUT
Minyak rambut seperti minyak zaitun,
minyak lidah buaya, serta minyak kelapa (coconut oil) terbukti dapat mengatasi
masalah rambut mengembang yang banyak dialami oleh kaum hawa. Minyak rambut itu
sendiri berfungsi supaya rambut menjadi lebih mudah diatur serta memberikan
nutrisi kepada rambut dari luar.
UBAH GAYA RAMBUT ANDA
Jika anda memiliki jenis rambut yang
tebal, mungkin solusi ini adalah yang paling tepat. Solusinya adalah dengan
menipiskan sedikit rambut anda menggunakan kaedah layer di salon. Cara merawat
rambut kering dan mengembang ini dapat membuatkan rambut anda menjadi kelihatan
tipis sehingga tidak terlalu kelihatan jika mengembang. Pilihlah potongan
rambut yang paling tepat, agar lebih rapi. Jika ingin mewarnainya, hindari
bleaching, kerana bahan kimia yang ada pada bleaching hanya akan membuat rambut
anda semakin rosak.
CUKA EPAL
Cuka epal berfungsi mengurangkan rambut
rosak dan membuatkannya menjadi lebih halus. Campurkan satu sudu makan minyak
gandum dengan setengah cawan cuka sari epal dan dua cawan air. Sapukan sebatian
tadi ke seluruh rambut, setelah keramas, ketika rambut masih basah. Biarkan
selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih tanpa menggunakan shampo. Untuk
menghilangkan aroma yang menyengat akibat cuka epal, anda boleh menggunakan
kondisioner di hujung rambut. Lakukanlah perawatan ini dua kali sehari, untuk
hasil yang lebih maksima.
No comments:
Post a Comment