Wednesday, November 15, 2017

KEBAIKAN BUAH KELOR UNTUK KESIHATAN

KELOR

Pokok kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae. Lemunggai mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Ia berasal dari India.


Lenggai (pod) Kelor ("Moringa oleifera") di Panchkhal, Nepal
Pokok Kelor merupakan spesies ditanam secara meluas dalam genus Moringa, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringapokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil (dari minyak yang dihasilkan dari benihnya). Ia merupakan pokok cepat tumbuh, tahan kemarau tempatan di kaki bukit selatan Himalayas di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran. Ia juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.

KEBAIKAN BUAH KELOR UNTUK KESIHATAN



Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan
  
1.   buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.

2.   Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

3. Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.

4.   Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing

5. membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

No comments:

Post a Comment