Tomato
(Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis
tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan.
Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan
Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar
termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato
merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh
mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok
tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil,
setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan
daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan
lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12
sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut
jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual
mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna
merah yang paling popular.
Perkataan
tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum,
bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S.
lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama
biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah
terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.
Warna merah
itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang
memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan
semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Antara khasiat buah tomato adalah :-
Pengawalan Berat Badan
Tomato
mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat
untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk
mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti
dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan
menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.
Membantu Masalah Susah Tidur
Tomato
mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran
atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak
khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran
untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau
sup tomato untuk makan malam.
Mengurang Kerosakan Kulit
Selain
diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat
membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan
sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat
sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
Membantu Penglihatan Mata
Kebiasannya
lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato
juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat
dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari
terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration
yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
Merawat Batu Karang
Pengambilan
tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu
karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan
bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung
dan kanser prostat.
No comments:
Post a Comment