Wednesday, October 25, 2017

KHASIAT BUAH LIMAU NIPIS UNTUK KESIHATAN



Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

KHASIAT BUAH LIMAU NIPIS

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C. Selain itu antara khasiat buah Limau Nipis adalah :

Mengurangkan Lelah
1.     Melegakan Pening Kepala
2.     Mengatasi Masalah Badan Berbau
3.     Menyembuhkan Sakit Tekak
4.     Menyejukkan badan


No comments:

Post a Comment