Betik
merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari
Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim
tropika.
Pokok
betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di
pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur
untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik
berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam
manis
KHASIAT DARIPADA BETIK
Betik
kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang
terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan
yang tersendiri.
Merawat Masalah Sembelit
Buah
betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus,
kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid,
mirosin, papain dan pektin.[perlu rujukan] Betik juga boleh dimakan bagi
melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.
Merawat Masalah Asma dan
Jantung
Kandungan
papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico
menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga
dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan
daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan
toksik.
Rawatan Penyakit disebabkan
nyamuk seperti Denggi dan lain lain penyakit nyamuk.
Daun
betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
Pucuk
daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun melayu dalam
memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari
nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa
pengambilan pucuk daun betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila
muncul sahaja bintik-bintik merah
Khasiat
pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi
(denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan
30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap
hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.
Sehubungan
dengan penemuan klinikal tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan
panduan penyediaan jus betik untuk pesakit denggi.
Tetapi
menurut seorang ahli farmasi pengamal perubatan alternatif Homeopathy dan
Ayurvedic (India), Prof Dr. A. Krishnan mengatakan “Saya sudah membuat kajian
mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya
tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana
kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.
“Oleh
itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan
pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,”
katanya sebagaimana lapor Harian Metro
Lain lain kebaikan Betik
Buah
yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga
boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding,
halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak
sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai
enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk
melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di
negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya.
Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.
Memang banyak khasiat daun betik ye, terima kasih berkongsi maklumat ini ��
ReplyDelete