Thursday, October 26, 2017

KHASIAT TONGKAT ALI


Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

KHASIAT TONGKAT ALI
1.    Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).


2.     Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. 

No comments:

Post a Comment