Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar
kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan
untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk
merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang
tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam
Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit
ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk
menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan
fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah
beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.
No comments:
Post a Comment