Tuesday, October 24, 2017

PETUA PENJAGAAN BUAH PINGGANG



MINUM AIR KOSONG SEKURANG KURANGNYA 8 GELAS SEHARI

Air yang banyak dalam badan membantu mencuci bah pinggang iaitu dengan cara mengeluarkan semua toksin yang terkumpul dalam badan.

Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.


KURANGKAN MAKANAN TINGGI GULA DAN GARAM

Pengambilan gula dan garam dalam kesihatan tidak bagus. Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam. Tambahkan pengambilan buah buahan untuk diet seharian serta pengambilan makanan berasaskan sayur.

BANYAKKAN MINUM JUS EPAL

Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.


MAKAN BUAH TEMBIKAI

Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

MASUKKAN IKAN DALAM MENU HARIAN

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang. Jadikan ikan swebagai diet makanan harian anda. Binalah pelbagai resepi untuk menarik perhatian anak anak kecil anda untuk suka makan ikan dari kecil.


ELAKKAN MEROKOK

Asap rokok dan kandungan dalam rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.

JALANI HIDUP YANG AKTIF

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Lakukan aktiviti bersukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu.

PERLUNYA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG SEJAK AWAL


Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.

No comments:

Post a Comment