Wednesday, October 25, 2017

KHASIAT BUAH CEMPEDAK


Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan.

Pokok Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.

Pokok Cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.

Buah Cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaimana pun buah Cempedak adalah lebih kecil dari buah

KHASIAT BUAH CEMPEDAK :

1. Menyihatkan mata
2. Sebagai bahan makanan
3. Merendahkan kolesterol pada darah
4. Meredakan tumor
5. Meredakan malaria
6. Mengusir parasit
7. Menjaga pencernaan
8. Memberi asupan air
9. Menjaga daya tahan tubuh
10. Mencegah risiko stroke

11. Pelangsing tubuh

No comments:

Post a Comment