Wednesday, October 25, 2017

KHASIAT BUAH LIMAU MANDARIN PADA KESIHATAN


Limau atau jeruk merupakan istilah am dan genus (Citrus) bagi serumpun tumbuhan berbunga dalam keluarga Rutaceae. Kaji selidik baru-baru mendapati bahawa limau mungkin berasal dari sekitar Australia, New Caledonia dan New Guinea.[1] Sesetengah penyelidik percaya bahawa limau berasal dari suatu tempat di Asia Tenggara yang bersempadan dengan India timur laut, Myanmar dan wilayah Yunnan di China,[2][3][4] malah tempat inilah dipercayai sebagai asal-usul jenis limau komersial seperti oren, mandarin dan lemon. Pertanian buah limau diperluas sejak zaman purbakala; antara contoh terbaik ialah oren, lemon, limau gedang dan limau nipis.

Khasiat limau mandarin

o   Limau kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.

o   Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

o   Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folik. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folik yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus mampu meningkatkan kadar asid folik.

o   Vitamin B pula merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Pektin, serat tinggi yang larut dalam air, telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

o   Jus limau mandarin dikatakan berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.


o   Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak

No comments:

Post a Comment