Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan
dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses
bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah
menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu
lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri.
Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan
Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang
meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin,
Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara
makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil
isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.
Tanaman Avocado popular di beberapa negara
dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010.
Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di
kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado
dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000
mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama
lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia
Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran
avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.
Alpukat, atau Persea americana ialah tumbuhan
penghasil buah meja dengan nama sama. Tumbuhan ini berasal dari Meksiko dan
Amerika Tengah dan kini banyak dibudidayakan di Amerika Selatan dan Amerika
Tengah sebagai tanaman perkebunan monokultur dan sebagai tanaman pekarangan di
daerah-daerah tropika lainnya di dunia.
Manfaat Alpukat :
1. Menjaga Kesehatan Kardiovaskular
2. Menurunkan Berat Badan
3. Mengobati Diabetes
4. Untuk Kesehatan dan kecantikan kulit
5. Penyakit radang sendi dan Encok
6.
Mencegah Kanker
7.
Mencegah Tekanan Darah Tinggi
8.
Membuang Radikal Bebas
9.
Membantu Kesehatan Mata
10.
Mencegah cacat lahir
11.
Mengurangi Resiko Stroke
12.
Anti-Inflamasi
No comments:
Post a Comment