Wednesday, April 24, 2019

JAWAPAN BERKAITAN MIMPI DALAM ISLAM


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Di dalam buku Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan (terjemahan kitab karangan As Syeikh Wahid Abd. Salam Bali) ada menyebut:

"Seorang baduwi (orang hulu) telah datang menemui Nabi Muhamads SAW lalu bertanya "Wahai Rasulullah! Aku telah bermimpi kononnya kepalaku telah dipukul, lalu kesan pukul itu sungguh menyakitkan sekali".

Lalu Rasulullah SAW bersabda:
"Jangan kau ceritakan kepada orang lain apa yang kau mimpikan itu"

Rasulullah menjelaskannya dalam sejumlah hadith terkait dengan jenis-jenis mimpi dan dari mana datangnya.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan satu hadis berbunyi:

"Mimpi itu ada dalam tiga jenis: Pertama mimpi yang baik dan itu adalah anugerah . Kedua mimpi sedih dan itu dari angkara syaitan, yang ketiga ialah mimpi terhadap apa yang pernah berlaku ke atas dirinya. Oleh itu barangsiapa yang bermimpi dengan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun bersolat dan janganlah ceritakan mimpi tersebut kepada orang ramai." - hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Mimpi yang baik datangnya dari , mimpi buruk yang menakutkan datangnya dari syaitan. Oleh itu barangsiapa yang bermimpi sesuatu yang dibencinya maka hendaklah diludahkan ke sebelah kirinya sambil membaca doa pelindung dari syaitan, nescaya tidak akan mendapat mudarat apa-apa". - hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

“Mimpi itu ada tiga; berita baik dari , panggilan jiwa dan ketakutan yang dihadirkan oleh setan” (HR. Ahmad).

Adapun berkaitan dengan perubatan islam, tidak ada sebarang dalil berkenaan mimpi yang merujuk khusus kepada satu-satu gangguan, penyakit ataupun jenis2 sihir samada saka, pendamping, santau dll.

Kesemua tafisran mimpi di dalam perubatan islam adalah berdasarkan pengalaman perawat dan diagnosis semasa rawatan bersama pesakit.

Maka tafsiran mimpi bukanlah satu hujah yg konkrit tetapi sekadar maklumat awal yang klasifikasikan sebagai tanda2 atau gejala2 gangguan.

Wallahua'lam, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment