Saturday, April 27, 2019

TIPS PERANGKAP CICAK CARA MUDAH

Cicak! Cukup susah nak dihapuskan. Lepas tu najis yang ditinggalkan ikut suka dia je. Kadang menyampah pun ada sebab bau najis dia tu Allahurabbi. Hmmm malas nak sebut la. Korang sendiri pun tahu bau dia.  Ni nak share cara nak hapuskan si cicak tanpa guna tenaga. Buat perangkap dia je. Jom ikut cara di bawah.
BAHAN BAHANNYA
Botol minuman kosong
Minyak masak
Gula (atau boleh guna susu pekat)
Kapas muka (atau boleh guna tisu dapur)
Air paip

CARA CARANYA
1. Potong botong kepada dua bahagian. Pastikan bahagian atas lebih kecil berbanding bahagian bawah. Boleh rujuk gambar.
2. Letakkan kapas muka (KekMi guna tisu dapur 4 keping dan dilipat) ke dasar botol.
3. Tuang gula ke atas kapas muka tadi dan tuang air.
4. Sapu minyak masak di bahagian dalam botol di sebelah bawah supaya menjadi licin. Sapukan juga minyak pada botol yang berada di atas pada bahagian luar dan dalam.
5. Terbalikkan botol di bahagian atas dengan cara mulutnya berada di dalam botol yang dibawah. (Boleh rujuk gambar)
6. Siap untuk digunakan. Letakkan di tempat yang sering menjadi tumpuan cicak.

Semoga tips kali ini memberikan manfaat kepada semua. Jangan lupa #share tips ni supaya yang mana ada masalah yang sama dapat mencubanya.

No comments:

Post a Comment