Berikut adalah
beberapa cara mudah untuk makan secara sihat di luar:
1. BUNGKUS / TAPAU
Adakah anda pernah
mendapati diri anda masih serba salah untuk memesan makanan yang pelbagai,
namun masih cuba untuk menghabiskan pesanan anda? Ini adalah satu perkara yang
selalu terjadi kepada saya dan mungkin rakyat Malaysia dan ibu bapa kita
sentiasa mengingatkan kita untuk tidak membazirkan makanan. Sekiranya makanan
anda tidak habis semasa di luar anda perlu meminta untuk membawa pulang makanan
yang berlebihan.
2. MAKAN
PERLAHAN-LAHAN
Kajian telah
memberitahu bahawa makan perlahan-lahan memainkan peranan dalam membantu anda
makan kurang. Dengan tidak makan dengan laju atau lahap, anda akan berasa
kenyang sebelum makanan anda habis. Luangkan masa yang berkualiti bercakap
dengan pasangan makan anda!
3. MINUM MINUMAN
TANPA GULA
Anda tidak
benar-benar perlu minum susu kocak atau air ais teh lemon di restoran. Air ais
adalah bebas dari kalori yang menyegarkan yang biasanya percuma. Jika anda mahu
minuman dengan rasa, minum Chinese tea adalah memadai atau air suam adalah
lebih baik.
4. PILIH RESTORAN
YANG BETUL
Apabila anda cuba
untuk makan makanan sihat, pergi ke restoran makanan segera mungkin tidak akan
membantu. Semak menu sebelum anda berjalan masuk untuk melihat, jika mereka
mempunyai pilihan yang lebih sihat itu adalah restoran yang tepat. Atau lebih
baik lagi, anda hanya mencari restoran makanan kesihatan.
5. SOS YANG KURANG
Sekiranya anda makan
makanan yang perlu dimakan bersama sos, saya mencadangkan anda mengambil di
dalam kuantiti yang sedikit, ini kerana kebanyakkan sos-sos yang terdapat di
malaysia mempunyai kalori gula dan garam yang terlalu tinggi. Ianya seperti
sos, roti jala, salad, dan lain-lain
6. KURANGKAN MAKANAN
BERGORENG
Sekiranya anda berada
restoran makanan segera, anda perlu bijak memilih menu yang tidak mengunakan
minyak.
7. MAKANAN PANGGANG,
REBUS, ATAU DIBAKAR
Memesan ayam tandoori
bukannya ayam goreng. Tukar kepada koay teow rebus daripada char kway teow.
Dapatkan popiah segar berbanding popiah goreng. Begitu juga, ikan dan
sayur-sayuran panggang mungkin akan menjadi lebih bagus untuk tahap kolesterol
anda.
8. KONGSI MAKANAN
ANDA
Pergilah dengan
pasangan dan berkongsi makanan anda. Anda akan dapat menikmati makanan yang
sama pada separuh kos dan separuh kalori!
No comments:
Post a Comment