1. TIDUR DENGAN
LAMPU TERPASANG?
Meskipun anda rasa
dapat tidur dengan lena, tapi sebenarnya tidak! Apabila lampu terpasang, badan
anda secara automatik akan berjaga sepanjang malam. Sebab itu badan tidak dapat
cukup rehat yang diperlukan.
Cuba belajar tidur
dalam suasana yang kurang terang. Lagi gelap lagi bagus.
2. BERFIKIR SEBELUM
TIDUR
Apabila anda banyak
berfikir sebelum tidur, tanpa anda sedari anda akan mengingatinya meskipun
dalam separa sedar. Pastikan fikiran anda betul-betul free daripada memikirkan
pelbagai perkara sebaik berbaring atas katil.
Bagaimana cara
mengatasi?: Lupakan semua perkara remeh-temeh seperti hal pejabat dan pasangan
merajuk.
3.TIDUR DALAM
KEADAAN PANAS?
Kalau boleh, jangan
masuk tidur dalam keadaan bilik yang masih berbahang dan panas. Jangan kedekut
buka penghawa dingin kerana takut bil yang tinggi.
Memang sedap tidur
malam lagi-lagi selepas hujan. Lebih-lebih lagi yang on air-cond. Sejuk sahaja
bilik. Jika di negara sejuk, sebelum tidur, pastikan anda memakai stokin kerana
ia kehangatan membantu pengaliran darah dalam badan ketika tidur.
BAGAIMANA CARA
MENGATASI?
Buka kipas siling,
tetapi jangan sampai nombor 5. Kalau kipas berdiri, jangan tala ke muka dan
badan semata-mata. Pusingkan, biar dia rotate. Kalau buka air-cond, jangan
sampai terlalu sejuk sampai suhu 16 darjah Celcius.
4. MINUM KOPI/TEH
SEBELUM TIDUR
Kafein dalam kopi dan
teh merangsang otak menjadikan anda sukar tidur. Amalkan minum susu panas
sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan anda tidur.
Bagaimana cara
mengatasi?: Seperti yang diberitahu, amalkan minum susu panas. Bukan susu
sejat, tetapi susu rendah lemak.
5. LEKA DENGAN GAJET
Apabila anda terlalu
fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur
yang sepatutnya. Pastikan anda sudah check Facebook, Whatsaap dan sebagainya
sebelum masuk bilik. Letak jauh daripada katil anda agar tidak mengganggu waktu
tidur.
6. MINUM AIR YANG
BANYAK
Waktu siang memang
digalakkan minum banyak air untuk mengatasi rasa hidrat dalam badan akibat
perpeluhan. Tapi, waktu malam anda, digalakkan untuk minum sedikit air. Jika
terlalu banyak minum air, tidur asyik terganggu sebab kerap pergi ke bilik air.
7. SUKA TIDUR PETANG
Islam pun tidak
menggalakkan kita tidur selepas Asar kerana tidak elok untuk kesihatan. Apabila
tidur petang, badan kita akan cergas pada waktu malam dan sukar untuk tidur
awal.
No comments:
Post a Comment