Akar seruntun atau
nama saintifinya Tinosprora tuberculata memang tidak asing lagi di kalangan
pengamal perubatan tradisional kerana ia amat terkenal dengan pelbagai khasiat.
Akar seruntun juga popular dikenali dengan nama patawali, putawali, brotowali, atau
batang wali.
Pokok yang menjalar
ini memang mudah ditemui di kawasan kampung. Pokok ini mudah tumbuh dan
kebiasaannya dibiarkan menjalar di pagar-pagar rumah atau juga melilit pada
pokok yang lain. Pokoknya yang berjurai-jurai kadangkala nampak cantik apabila
dijadikan tanaman hiasan.
Batangnya yang
berbintil-bintil (berkerutu) memang nampak tidak cantik sebenarnya mempunyai
pelbagai khasiat. Batangnya mengeluarkan getah putih dan berlendir. Rasanya
memang pahit sekali.
Batangnya adalah
bahagian utama mengandungi khasiat. Digunakan untuk merawat tekanan darah
tinggi, kencing manis, merawat penyakit kelamin, sakit perut, demam, demam
malaria , menurunkan suhu panas, sakit pinggang, sengal-sengal dan masalah
cacing bagi kanak-kanak.
Ada sesetengah orang
kampung menggunakan akar seruntun untuk memisahkan anak dengan botol susu atau
susu dada. Caranya, sapukan keratan pokok ini ke puting botol susu atau puting
buah dada ibu. Rasa pahit pokok tersebut membuatkan kanak-kanak serik untuk
hisap botol atau nak menyusu lagi.
No comments:
Post a Comment