JAMBU BATU
Menurut kajian bahawa jambu batu sangat bermanfaat
untuk membantu meruntuhkan karang gigi yang melekat. Menurut laporan yang telah
dimuat di Journal of Applied Microbiology mengatakan hasil dalam sebuah kajian
yang dilakukan di India bahawa dengan memakan jambu batu dapat dijadikan
sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi penyakit yang berhubungan dengan gusi.
Selain itu, kandungan zat yang terdapat pada jambu batu sangat bagus untuk
membasmi kuman dan bakteria yang berkembang di dalam mulut dan menjadi penyebab
pembentukan plak di gigi.
Cara menghilangkan karang gigi dengan jambu batu cukup
mudah, anda boleh terus mengunyah jambu batu yang telah dipotong-potong dan
diberi sedikit garam dan pastikan anda mengunyahnya pada bahagian gigi yang
terdapat karang gigi. Untuk mendapatkan hasil dengan cepat, maka lakukan cara
ini 1-2 kali sehari sampai karang gigi hilang.
No comments:
Post a Comment