1. Gunakan konsep
RICE bagi mengurangkan bengkak dan seterusnya mengurangkan sakit dibahagian
yang tercedera:
R - rest - Pesakit
haruslah merehatkan buku lali daripada terlibat dengan aktiviti yang lasak
sehingga sakit dan bengkak menjadi reda
I - Ice - Ketika
merehatkan buku lali..pesakit boleh menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan
dan mengecutkan bengkak tersebut. Ais boleh diletakkan di bahagian yang sakit
selama 15 atau 20 minit
C - compression -
ketika atau selepas meletakkan ais , pesakit boleh 'menekan' atau compress di
bahagian yang bengkak tersebut dengan menggunakan 'bandage' yang dibalut di bahagian
bengkak tersebut
E - elevation -
Kemudian, rehatkan bahagian yang bengkak tersebut di atas bantal yang tinggi
sedikit dari paras jantung
2. Gunakan tongkat
bagi mengurangkan stress dan tekanan kepada buku lali yang tercedera
3. Mobilization
exercise atau dipanggil circulatory exercise, pesakit hanya perlu menggerakkan
buku lali ke atas dan kebawah dengan 3 sets , 10 kali ulangan setiap set, dan
tahan selama 3 saat bagi setiap pergerakan. Senaman ini penting bagi
mengurangkan bengkak serta mempercepatkan lagi proses pemulihan
No comments:
Post a Comment