Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun
anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya.
Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh
diamalkan.
1. SAPUKAN KRIM PELEMBAP
Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah
dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk
memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit
kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat.
Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari
sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin.
Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih
cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di
tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu
untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu
rendah.
Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging
mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari yang mempunyai minimum
SPF-30.
2. SKRUB MUKA
Pada kulit kering dapat dirasa tekstur yang kasar.
Biasanya kulit ini menjadi kasar kerana terdapat lapisan kulit mati yang tidak
dapat disingkirkan. Disebabkan hal ini, anda perlu memakai skrub sekali setiap
minggu. Gosokkan pada kulit selama lebih kurang 10-15 minit, kemudian bilas
dengan air.
Tetapi, adalah perlu diingati bahawa menskrub lebih
dari sekali seminggu akan menyebabkan kekeringan pada kulit menjadi lebih
teruk. Justeru itu, perlulah dikawal dengan menyapu pelembap
untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Selain itu, elakkan menggosok dengan
kuat kerana kulit boleh tercedera dan menimbulkan masalah lain seperti iritasi
dan kerengsaan.
3. PILIH PRODUK YANG SESUAI
Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian seperti
sabun dan pencuci muka mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai bahan
aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit.
Tetapi, jika anda mempunyai jenis kulit yang kering,
anda perlulah menghindari produk ini kerana ia akan mengakibatkan kekeringan
kulit yang lebih teruk. Jadi, anda perlu teliti dalam pemilihan produk
penjagaan kulit dan perlulah memilih produk yang mempunyai fungsi melembapkan
kulit.
4. MENGATASI TEKANAN
Selain dari faktor luaran yang disebutkan di atas,
masalah kulit kering ini juga boleh berpunca dari tekanan dalam diri.
Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa sihat,
anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres. Anda juga
mungkin boleh mengamalkan aktiviti yoga mahupun bermeditasi.
5. BANYAK MAKAN BUAH DAN SAYUR
Untuk memiliki kulit yang sentiasa sihat dan lembap,
penjagaan pengambilan makanan adalah amat penting.
Makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran mempunyai nutrisi dan bahan aktif yang boleh membantu merawat
kulit kering dari dalam. Pilihlah sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan
vitamin A, E dan C.
6. BANYAK MINUM AIR KOSONG
Bukan orang diet saja perlu banyak minum air kosong.
Setiap orang perlulah mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem
badan.Amalkan meminum 8 gelas sehari supaya dapat
menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.
7. BASUH MUKA SELALU
Bukan basuh muka dengan sabun, tetapi cucilah dengan
air bersih sekerap mungkin. Secara saintifiknya, ia terbukti membantu
memudarkan kedutan wajah. Bagi yang Muslim, ambillah peluang ini dengan
membasahi wajah melalui berwudhu’. Ia bukan saja dapat menyingkirkan wajah
daripada kekotoran, tetapi juga terbukti ‘menaikkan seri wajah’ seseorang.
No comments:
Post a Comment