Wednesday, April 24, 2019

CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN



1. MENGURANGKAN BERAT BADAN MELALUI SENAMAN
Kalau nak elak dari pembedahan lutut, anda mungkin terpaksa menurunkan berat badan kerana masalah berat badan mampu memberi tekanan pada sendi lutut. Jika otot kuat, ia dapat mengurangkan tekanan pada sendi lutut untuk bekerja.

Dalam meningkatkan kekuatan otot, latihan fizikal yang sederhana boleh dilakukan untuk menguatkan sendi lutut. Antaranya berbasikal, berenang ataupun squats.

Memakai pendakap lutut atau kne brace untuk mengurangkan bebas pada sendi lutut.

Mengambil ubat anti radang dalam mengurangkan rasa sakit lutut. Antaranya ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun ubat Anti Inflamasi Bukan Steroid (NSAIDS)

2. SUNTIKAN SENDI DENGAN ASID HYALURONIC
Asid hyaaluronic ni merupakan bahan yang ada dalam tisu synovium sendi. Suntikan ni dapat mengurangkan rasa sakit pada sendi lutut dan meningkatkan pergerakan  serta fungsi sendi.

BUAT RAWATAN AKUPUNTUR
Kajian menunjukkan akupuntur dapat melegakan kesakitan lutut dan meningkatkan fleksibiliti pada individu yang menghidapi sakit lutut ni. terapi akupuntur dapat meningkatkan aliran darah dan membantu mengurangkan inflamasi sendi lutut.

MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LUTUT
Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan kesakitan lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya adalah Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan; Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung; Glukosamin untuk membaiki tisu rawan dan Protein yang penting untuk pembaikan tisu tisu otot.

MENGAMALKAN DIET YANG SIHAT UNTUK MEREDAKAN SAKIT LUTUT
Diet yang sihat dapat mengurangkan risiko anda untuk berhadapan dengan sakit lutut secara semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut adalah  salmon, tuna, sardin, sayur sayuran dan buah buahan, keluarga bawang, kekacang dan juga bijirin penuh.

No comments:

Post a Comment