Friday, April 26, 2019

TANDA TANDA AWAL KANSER OVARI


1-Buncit  perut atau bengkak.


✅Saiz kenaikan bahagian perut anda, anda berasa kembung dan penuh dengan gas. Anda mungkin perasan bahawa beberapa pakaian rasa ketat di bahagian pinggang dan pinggul anda.


2-Pendarahan pada faraj secara tak normal


✅Anda akan mengalami pendarahan secara tak teratur. Ia juga boleh disebabkan oleh perawatan lain seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvik, atau jangkitan pada organ pelvis


Kanser serviks mudah merebak pada tisu yang berdekatan & mewujudkan kapilari baru yang tak normal, menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh berlaku pada tempoh haid, selepas melakukan hubungan intim, selepas menopaus dan selepas melakukan pemeriksaan serviks.


3-Sakit pelvis


✅Sakit pada pelvis adalah sakit biasa yang  berlaku pada wanita. Kekejangan & kesakitan tertentu adalah sebahagian perkara normal dalam kitaran haid. Tetapi, anda harus berhati jika kesakitan berlaku dalam tempoh yang lebih lama dan kerap.


Jika anda mengalami masalah kanser ovari, anda mungkin akan mengalami sakit pada bila bila masa. Kesakitan itu tidak akan berlaku melainkan jika kanser serviks telah berada pada peringkat seterusnya (kanser sudah mula berkembang)


4-Tidak Selesa semasa membuang air kecil


✅ Kanser serviks menyebabkan anda berasa tak selesa semasa membuang air kecil. Ia adalah petanda yang paling ketara bahawa penyakit ini boleh membawa maut.


Ketidakselesaan yang dimaksudkan adalah rasa seperti terbakar, pedih  atau sensasi yang ketat semasa membuang air kecil. Gejala ini menunjukkan kanser sudah merebak pada tisu berdekatan.


5-Hilang selera makan atau berat badan turun dangan mendadak


✅Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. Apabila mengalami masalah kanser,sistem imun badan bekerja kuat untuk melawannya. Badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang memecahkan lemak pada kadar yang lebih tinggi.


6-Keletihan


✅Jika anda berasa lemah dan tak bertenaga pada setiap masa , walaupun telah mengambil rehat yang lama. Ia adalah perkara yang amat membimbangkan.


Apabila seseorang menderita kanser,sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ia adalah penyebab anemia yang membawa kepada keletihan ,kekurangan tenaga dan hilang selera makan. Tindakbalas penyakit anemia adalah amaran bahawa kanser sedang berkembang pesat.


7-Tempoh haid yang lama dan berat.


✅ Ia merupakan tanda awal kanser serviks. Sebagai contoh, kerengsaaan serviks mungkin disebabkan oleh penyebaran kanser pangkal rahim. Pendarahan dianggap berat jika anda perlu menukar tuala wanita lebih kerap daripada sekali dalam tempoh 2 jam


Tanda tanda bagi setiap individu yang mempunyai masalah atau penyakit kanser ovari ini adalah berbeza.Jadi anda perlulah peka dengan kesihatan diri & perubahan diri.


8-Bengkak pada Kaki


✅ Wanita yang menghidapi masalah pangkal rahim biasanya mengalami masalah sakit dan bengkak pada kaki mereka. Apabila kanser mula merebak,ia akan menghalang aliran darah dan menjadi punca bengkak pada kaki. 


No comments:

Post a Comment