Di sini saya nak
berkongsi sedikit petua supaya keluarga yang kerap belaku keguguran boleh
memanafat petua ini.
Apa yang menjadi
permasalahannya sekiranya terlalu kerap belaku keguguran, ini akan menyebabkan
kekuatan rahim si ibu akan menjadi lemah dan amat sukar sekali untuk
mendapatkan anak pada kemudian hari.
Oleh itu di sini saya
berikan sedikit petua orang tua-tua dahulu supaya bermanafaat bagi keluarga
yang ingin mendapatkan zuriat.
Caranya apa bila si
ibu telah telah dipastikan mengandung, ia mesti di mulakan pada hari jumaat
dengan mencari apa-apa buah-buahan, contohnya seperti timun atau manga.
Lalu tuliskan wafaq
seperti di bawah dan baca doa yang saya tuliskan itu sebanyak tiga kali,
kemudian makan buah itu.
Lakukan pada setiap
hari jumaat sahaja sehingga kandungan ibu benar-benar kuat barulah boleh
berhenti memakan buah yang di wafaq itu.
Doanya amat
digalakkan dibawa selepas sembahyang dan di tiupkan di perut sambil mengosok
perut si ibu selepas sembahyang.
Doa didalam ruminya
berbunyi seperti ini.
Ya Allah tuhan yang
mengenggam langit, sehingga tidak jatuh kebumi ia tegak tampa atap. Genggamlah
rahimku, sempurnakan ia sehingga lahir dengan baik dan selamat.
No comments:
Post a Comment