DETOX & KURUSKAN BADAN
Detox atau dalam bahasa mudahnya
mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung
membantu mendapatkan badan yang ideal...Selain dari itu bahan ini mengandungi
lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak
menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya
ingatan.
GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang
melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.
TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka
epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan
merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah
menjadi normal.
DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh
mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit
kencing manis dan arthritis.
JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan selsema, sakit tekak dan
jangkitan kuman. Sangat berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong
menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.
KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah
seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada
kulit dan selulit…
BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut
dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki
berbau.
KERACUNAN MAKANAN
Jika terkena keracunan makanan, minum 1
sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit
dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh
menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)
KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol
dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan
juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan
kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) ..
kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah dan kalau tidak dibakar
mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)
AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana
tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih
menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.
CARA PEMAKANAN
Satu sudu cuka Apple dicampurkan dengan satu gelas air suam
dan diminum sebelum sarapan pagi.Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam
sebelum tidur.Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada
khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).
No comments:
Post a Comment