1. REBUSAN SERAI DAN
HALIA
Anda hanya perlukan
tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian
anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang
sudah ditapis. Bukan air paip mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2
atau kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang letih dan lenguh-lenguh
badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu
waktu siang.
2. REBUSAN SIREH
Gunakan tiga atau
lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang
telah ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih
tiga kuntum dan sedikit serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan
dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh
hari.
3. REBUSAN SIREH
DAN DAUN INAI
Guna tiga atau ke
lima helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Seperti biasa rebus di dalam
periuk dengan menggunakan tiga gelas air yang sudah ditapis. Minum apabila
sudah suam. Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami peputihan dan banyak
lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. REBUSAN HALIA,
SERAI, CENGKIH DAN KUNYIT
Anda perlu ketuk dua
atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit
kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit
madu susu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini
untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan anda. Amalan berkhasiat ini
juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman
adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.
No comments:
Post a Comment