Berikut adalah 12
petua menghilangkan parut dengan menggunakan bahan semulajadi. Selain parut
luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.
1. LEMON
Potong buah lemon
kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit
hingga keluar jusnya.
Lemon berfungsi
sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan
sebarang kesan parut. Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua
kali sehari selama 15 hari.
2. MINYAK ROSEHIP
SEED
Titiskan sedikit
minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari. Minyak
ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang
parut.
3. KIUB AIS
Ambil kiub ais dan
lakukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin.
4. DAUN ALOE VERA
Potong daunnya dan
picit sehingga keluar cairan. Ambil dan sapukan pada parut.
5. MADU
Letak sedikit madu
pada parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan kering baru dibilas.
6. SERBUK SANDALWOOD
Campurkan sedikit air
mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut
perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
7. KENTANG
Hiris kentang mentah
dan sapukan pada parut.
8. MINYAK KELAPA
Sebaik sahaja luka
kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang..
9. MINYAK ZAITUN
Titis sedikit minyak
zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang
segera.
10. TIMUN
Seperti kentang,
hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
11. TOMATO
Hiris tomato dan
tekap pada parut.
12. SODA BIKARBONAT
Ambil lima sudu soda
bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan
lakukan tiga kali seminggu.
TIDAK SECEPAT BAHAN KIMIA,
Bahan semula jadi
biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia
dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.
Bukan itu saja, petua
menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didadapati,
murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.
No comments:
Post a Comment