Ketiak, atau sering disebut (dalam sebutan sopan) sebagai kawasan bawah lengan, merujuk kepada bahagian bawah lengan atas (triseps), yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan.
Bulu ketiak ialah komposisi bulu di kawasan ketiak. Seperti kebanyakan bulu badan yang lain, bulu ini biasanya mula tumbuh pada masa baligh dan pertumbuhannya lazimnya sempurna pada penghujung usia remaja. Perembesan feromon daripada aksil pada peringkat perkembangan manusia ini menunjukkan perkaitan bulu ketiak dengan keseksualan. Respons positif terhadap rangsangan olfaktori di dalam mamalia dan desakan seks yang kuat yang disebabkan oleh perembesan feromon memberi petunjuk yang berguna mengenai tujuan dan kepentingan bulu ketiak kepada manusia.Pernah dikatakan bahawa bulu itu sendiri bertindak sebagai sifat "anti-geseran" semula jadi antara lengan atas dengan toraks. Lebih penting lagi, bulu ketiak secara semula jadi mengusir kelembapan daripada kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah pengkolonian bakteria yang mengeluarkan bau.
Hari ini, dalam banyak negara, terutamanya di dunia Barat, adalah biasa bagi golongan wanita mencukur bulu ketiak dengan tetap berbanding golongan lelaki atas sebab estetik, satu amalan yang mungkin dikaitkan dengan taburan bulu badan luaran bagi kedua jantina. Penyebaran amalan ini berbeza-beza. Sebab-sebab keagamaan kadang kala diberi; dalam budaya Islam, golongan lelaki dan wanita mengamalkan pencukuran bulu ketiak atas sebab kebersihan.
Perenang-perenang pertandingan mencukur semua bulu badan, termasuklah ketiak, untuk menjadikan badan mereka lebih bergaris arus sebelum mengambil bahagian dalam perlumbaan. Amalan ini juga biasa di kalangan jurubina badan dan dalam erotika atas sebab estetik.
Di Barat, amalan ini bermula sekitar 1915 di AS dan UK apabila satu atau banyak majalah menunjukkan seorang wanita berpakaian dengan bulu ketiak yang telah dicukur.Pencukuran tetap mula diterima dengan pengenalan pencukur keselamatan pada permulaan kurun ke-20[perlu rujukan]. Ketika pencukuran bulu ketiak diterimapakai dengan pantas di negara-negara pertuturan bahasa Inggeris, terutamanya di AS dan Kanada, amalan tidak meluas di Benua Eropah sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua
Mitos yang dipercayai umum ialah mencukur bulu ketiak akan menyebabkannya tumbuh lebih lebat selepas masa berlalu.Tiada perkara yang membuktikan bahawa amalan mencukur bulu ketiak akan menghasilkan folikel baru bagi bulu untuk tumbuh; mitos ini mungkin sekali berterusan disebabkan janggut tidak berkurang sepertimana bulu yang tumbuh memanjang dan disebabkan bulu-bulu yang pendek terasa lebih kasar berbanding bulu-bulu yang panjang pada kelebatan yang sama. Bagaimana pun, mencukur bulu ketiak meningkatkan kemungkinan besar pertumbuhan bulu cekam. Pencukuran bulu ketiak seharusnya dilakukan lebih kerap berbanding pencukuran bulu kaki, kerana bulu ketiak tumbuh lebih pantas berbanding bulu kaki, dan sekiranya tidak dilakukan secara konsisten, janggut dapat muncul. Kawasan ketiak dapat menjadi gelap selepas satu tempoh masa dan sekalipun dengan pencukuran yang rapi, "bayang-bayang pukul lima" mungkin kelihatan.
BUANG BULU KETIAK
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan 3 butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
MENGHILANGKAN BAU KETIAK
- Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
- Rebus 5 helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
- Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
- Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
- Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
- Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
No comments:
Post a Comment