Monday, October 19, 2020

RAHSIA KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN BUAH KERAS

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Botak adalah ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut, dan merupakan sebahagian dari topik lebih mengenai "rambut menipis ". Tahap dan pola kebotakan berbeza-beza, tetapi punca biasa merupakan androgenic alopecia, alopecia androgenetica, atau alopecia seborrheica, dengan istilah terkemudian umumnya digunakan di Eropah. Pola kebotakan berbeza dari alopecia areata, yang biasanya membabitkan kehilangan tompokan rambut. Bentuk alopecia areata melampau adalah alopecia totalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut, dan bentuk paling melampau, alopecia universalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut dari kepala dan badan.


RAHSIA KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN 1 BAHAN

Kebanyakan lelaki dan wanita ada masalah rambut gugur. Betul tak? Jadi, hari ni bella nak kongsi rahsia rambut kuat dan sihat petua orang lama dengan menggunakan 1 bahan iaitu buah keras

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana. Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.

Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor. Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.


CARA-CARA PROSES BUAH KERAS JADI UBAT RAMBUT GUGUR

  • Tumbuk buah keras sehingga hancur
  • Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan
  • Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
  • Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
  • Basahkan rambut, lumur di kulit kepala selama 10 minit.
  • Bilas sehingga bersih
  • Amalkan seminggu 2 kali Hasilnya, rambut lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur.


No comments:

Post a Comment