Kailan (Jawi: کايلن; juga
ditulis sebagai gai-lan) adalah sayuran daun memaparkan daun tebal, rata,
berkilat biru-hijau dengan batang tebal dan sebilangan kecil kepala bunga kecil
serupa brokoli. Brokoli dan kailan tergolong dalam spesies yang sama Brassica
oleracea, tetapi kailan adalah dalam kumpulan alboglabra [Latin:
"albus+glabrus" - putih dan tidak berbulu]. Rasanya adalah sangat
serupa dengan brokoli, tetapi sedikit lebih pahit dan lebih nyata.
Sayur ini dimakan secara
meluas dalam masakan China dan kini terbiasa dalam juadah umum masakan
Malaysia, Persiapan biasa termasuk kailan goreng dengan halia dan bawang putih
atau ikan masin, dan direbus atau dikukus dan dihidangkan dengan sos tiram. Ia
juga adalah perkara biasa dalam masakan Vietnam, Myanmar dan masakan Thai.
Sayur Khailan mempunyai
khasiat tersendiri dan sama dengan sayuran lain yang selalu menjadi menu
makanan kita seharian. Antara kebaikan sayur ini untuk kesihatan adalah seperti
berikut :
MENGURANGKAN
RISIKO KANSER
Zat hijau atau klorofil pada
sayur kailan memiliki peranan sebagai antioksidan dalam tubuh yang dapat
mengurangi resiko kanker. Ketika kita mengkonsumsi kailan, maka tubuh kita akan
menghasilkan enzim yang berfungsi menyerang sel-sel kanker. Menurut beberapa
ahli, sayur kailan ini merupakan salah satu jenis sayuran anti kanser.
Sayur Khailan termasuk dalam
keluarga Cruciferae mempunyai sebatian yang mengandungi sulfur yang dikenali
sebagai glucosinolates. Komponen ini boleh membantu mencegah proses kanser pada
tahap perkembangan yang berbeza untuk paru-paru, kolorektal, payudara, dan
kanser prostat, dan mungkin melanoma, kanser esophageal, dan kanser pankreas.
MENGURANGKAN
KOLESTEROL DALAM DARAH
Kandungan vitamin K dan
serat dalam sayur kailan dapat mengurangi kadar lemak dalam darah sehingga
mengurangi resiko penyumbatan pembulu darah. Oleh karena itu, jenis sayuran ini
dapat mencegah terjadinya serangan jantung atau stroke akibat timbunan lemak
dalam darah. Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi
masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu
mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia
mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus
besar dan mengurangkan kolesterol.
Dengan memakannya, ini
bermakna anda perlu membakar kalori dalam tubuh. Serat semula jadi yang mana
boleh membantu melengkapkan serat anda. Serat ini akan membuatkan seseorang
berasa kenyang dalam tempoh yang lama dan ia boleh mempercepatkan pemprosesan
metabolisma. Dan akhirnya, ia dapat membantu mengurangkan berat badan.
KESIHATAN
KULIT DAN RAMBUT
Kandungan klorofil pada
sayur kailan, kadar vitamin C dan E yang mampu menghasilkan antioksidan alami
bagi tubuh memiliki manfaat yang baik bagi kesehatan kulit. Beberapa kandungan
tersebut akan perperan untuk menghasilkan kolagen dalam tubuh. Dimana, kolagen
berfungsi untuk membuat kulit terlihat lebih cantik dan bersih, terhindar dari
penuaan dini akibat keriput pada wajah. Kailan mempunyai kandungan vitamin A
yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan
rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan,
termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu
menjaga organ tubuh yang sihat.
Vitamin C membolehkan tubuh
membina dan mengekalkan tahap kolagen, yang memberikan struktur kepada kulit
dan rambut. Zat besi pula menghalang anemia, punca keguguran rambut. Kurangnya
zat besi dalam diet boleh menjejaskan keberkesanan tubuh menggunakan tenaga. Sayur
kailan, bayam, lentil, tuna, dan telur adalah sumber zat besi yang baik.
MEMBANTU
MENJAGA OTAK
Kandungan asam lemak omega 3
dalam sayur Kailan ini mencegah terjadinya kerusakan otak atau gangguan otak.
Kandungan vitamin K dan asam lemak omega 3 ini berfungsi untuk memelihara
kesehatan otak Anda dan mencegah virus untuk masuk ke otak.
Satu lagi manfaat
kesihatannya adalah sumber yang baik untuk asid omega-3 yang mana diketahui
ianya sangat baik untuk membantu menjaga kesihatan otak. Selain itu, vitamin K
yang terdapat padanya juga dapat membantu mengurangkan risiko gangguan otak
seperti Alzheimer.
DIABETES
DAN FUNGSI HATI
Selain mengandung berbagai
vitamin, sayur kailan juga mengandung asam lemak omega 3 yang berfungsi untuk
menstabilkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Sebaiknya, dikonsumsi
secara rutin dan hindari merebus kailan dalam air terlalu lama, karena akan
mengurangi kandungan nutrisi di dalamnya
Satu cawan kailan rebus
menyediakan 8 gram serat. Kailan juga mengandungi antioksidan yang dikenali
sebagai asid alpha-lipoic (ALA). Kajian menunjukkan bahawa ALA dapat menurunkan
tahap glukosa, meningkatkan kepekaan insulin, dan mencegah perubahan yang
berkaitan dengan tekanan oksidatif pada orang yang menghidap diabetes. Ia juga
boleh membantu meregenerasi tisu hati.
MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN TULANG DAN GIGI
Kalsium yang terkandung
dalam sayur Kailan berdampak positif pada kekuatan tulang dan gigi. Hal ini
tentu menghindarkan kita dari resiko Osteoporosis. Menurut pendapat ahli gizi,
kandungan kalsium pada sayur Kailan lebih tinggi dibandingkan dengan di dalam
susu. Oleh karena itu, sayur Kailan sangat dianjurkan untuk dikonsumsi sebagai
pengganti susu, apabila Anda alergi terhadap susu.
Nutrien lain mengenai
sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu.
Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan
osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai
alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
MEMBANTU
PENCERNAAN DAN SEMBELIT
Kandungan serat yang
terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan.
Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari
glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan
perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding
perut.
Kandungan serat pada Kailan
ini sangat tinggi, sedangkan kadar lemaknya tidak ada sehingga sayuran ini
sangat baik untuk melancarkan buang air besar. Dan tentunya memelihara
kesehatan pencernaan Anda, seperti lambung dan usus.
MENGHALANG
ANEMIA
Kandungan nutrisi lainnya
yang terdapat pada Kailan yaitu zat besi. Ketika kita mengkonsumsi kailan,
kadar zat besi yang dihasilkan sayur Kailan lebih tinggi daripada saat kita
mengkonsumsi daging sapi. Dengan demikian, sayur kailan dapat membantu
pembentukan hemoglobin, memperbarui sel-sel tubuh, menghasilkan oksigen ke
seluruh tubuh dan mencegah resiko terjadinya animea.
Kailan mengandungi zink yang
mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan
gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan
hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen
kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi
jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
MEMBANTU
MENJAGA KESIHATAN MATA
Terdapat vitamin A, luthein
dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata. Selain
vitamin K, sayur Kailan juga mengandung vitamin A dan Luthein yang baik bagi
kesehatan mata, khususnya mencegah dan memelihara mata akibat kemungkinan
terjadinya kerusakan retina mata akibat efek sinar ultraviolet.
Untuk cadangan menu masakan
bagi resepi ini ialah Khailan Ikan masin. Resepi menu utama yang selalu korang
order semasa di restoran.
RESEPI
KHAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 camca besar penuh isi ikan
tenggiri masin - dipotong kecil
- 1 biji bawang besar -
dihiris
- 2 ulas bawang putih -
dicincang halus
- 1 biji cili merah - dihiris
CARA-CARA
PENYEDIAANNYA:
- Cuci sayur kailan, kemudian
rendam dalam air yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit.
- Toskan, asingkan batang dan
daunnya. Potong daun sayur kailan dan ketepikan. Batang sayur kailan
diketuk-ketuk sedikit dengan pisau, kemudian hiris. Ketepikan.
- Panaskan 2 camca besar
minyak masak. Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api
kecil.
- Tolak ke tepi kuali.
Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau rata dengan
ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu.
- Tambah sos tiram, kacau dan
tuang air. Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk.
- Masukkan pula daunnya,
besarkan api, kacau dan masak hingga lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan
sedikit sos ikan atau secukup rasa.
- Gaul rata dan boleh matikan
api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment