Friday, October 22, 2021

KHASIAT SAYUR KUBIS UNTUK KESIHATAN

Kubis bulat (Jawi: ‏كوبيس بولت‎‎; bahasa Inggeris: Cabbage) atau nama saintifiknya Brassica oleracea merupakan sejenis sayur daun. merupakan nama sains bagi bunga kubis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kubis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus.

Kubis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. [perlu rujukan] Amalan memakan kubis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam. Memandangkan kubis mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat kubis kepada kesihatan:

 MENGURANGKAN KOLESTROL

Kubis membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Terdapat pelbagai kajian telah mendapati bahawa kubis mempunyai aktiviti hypolipidaemia yang boleh membantu menurunkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL-kolesterol) serta meningkatkan paras kolesterol baik (HDL-kolesterol). Kubis juga mengandungi sejenis bahan dikenali sebagai phytosterol yang mempunyai struktur seperti kolesterol dan boleh menghalang penyerapan kolesterol di dalam sistem pencernaan sekaligus menurunkan paras LDL-kolesterol dalam darah.

 

MENGAWAL TEKANAN DARAH

Kubis juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Hal ini kerana kubis mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah seterusnya menurunkan dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.

 

MENGAWAL DIABETIS

Kubis membantu mengawal paras gula dalam darah. Kubis mempunyai serat yang boleh membantu melambatkan penyerapan gula di dalam darah sekaligus boleh mencegah paras gula daripada menjadi tinggi secara mendadak. Selain itu, ia juga tinggi dengan antioksidan yang boleh membantu dalam penghasilan insulin yang berperanan untuk  mengawal keseimbangan tahap gula dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan gula oleh sel badan seterusnya boleh mencegah peningkatan paras gula dalam darah.

 

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Kubis juga  menurunkan risiko penyakit kardiovaskular sehingga 5%. Terdapat kajian yang dijalankan yang telah mendapati bahawa pengambilan diet yang tinggi sayur-sayuran seperti kubis boleh menyumbang kepada penurunan berat badan sekaligus berupaya menurunkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular.

 

BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN DAN SEMBELIT

Kubis  juga sesei untuk sistem penghadaman dan boleh membantu mencegah masalah seperti sembelit. Hal ini kerana sayur kubis tinggi dengan serat yang penting untuk sistem penghadaman badan kerana fungsinya yang boleh meningkatkan kadar pergerakan usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.Kandungan prebiotik yang terdapat di dalam kubis juga berperanan penting dalam memastikan kesihatan usus yang baik sekaligus boleh membantu sistem penghadaman. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak kubis boleh menghalang pembentukan ulser di perut yang boleh menyebabkan seseorang merasa pedih ulu hati, ketidakselesaan di perut dan loya.

 

MENURUNKAN BERAT BADAN

Kubid membantu untuk menurunkan berat badan. sayur kubis mempunyai serat yang boleh memberi rasa kenyang dan puas apabila dimakan sekaligus mencegah seseorang daripada makan berlebihan. Serat yang ada di dalam kubis juga boleh mememberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

 

MENCEGAH KERADANGAN

Kubis berpotensi untuk mencegah keradangan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular.kandungan antioksidan dan serat yang terdapat di dalam kubis yang mempunyai sifat antiradang sekaligus berpotensi menjadi terapi pencegahan dan mengurangkan kesakitan akibat keradangan.

 

BAIK UNTUK PENYAKIT ALZHEIMER

Alzheimer boleh dikurangkan jika anda memakan sayur kubis setiap hari. Vitamin K yang sangat hadir di kubis bertanggungjawab untuk ini. Ini adalah salah satu manfaat yang kurang dikenali untuk memakan Kubis.

Kubis juga didapati bagus untuk penyakit Alzheimer. Kajian telah mendapati bahawa kubis merah mempunyai kandungan anthocyanin yang boleh melindungi sel daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan oksidatif stres yang membawa kepada kerosakan sel-sel di otak seterusnya menyebabkan penyakit Alzheimer.

 

MENCEGAH KANSER

Kubis adalah individu dari keluarga brassica, jika tidak disebut sayuran cruciferous. Salah satu kelebihan mereka yang paling penting adalah kesejahteraannya. Ini membayangkan kubis dan sayur-sayuran setanding lain menggali radikal bebas dari sekeliling tubuh, yang boleh sangat menghalang kesejahteraan umum dan menjadi penderma yang penting terhadap perkara seperti keganasan dan penyakit koronariK

Kubis juga berpotensi untuk mencegah kanser. Hal ini kerana kubis mempunyai aktiviti antikanser yang kebanyakannya disumbangkan oleh produk penguraian glucosinates seperti isothiocyanates, nitriles, thiocyanates, epithionitriles dan oxazolidines.

 

RESEPI SAYUR KUBIS TELUR


BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 biji kobis sederhana besar - dipotong kecil memanjang, bersih & toskan.
  • 2 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*bahan ini dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2  kiub pati ayam
  • 2 biji telur ayam - dibasuhkan terlebih dahulu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk kunyit (Pilihan)

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam serta sedikit garam, kacau bahan-bahan ini.
  3. Pecahkan telur dalam kuali tumisan & kacaukan lah telur tersebut.
  4. Masukkan kobis, kacau serta masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Gaulkan sayuran tersebut sehingga sebati.
  6. Rasalah kesesuaian citarasanya dengan selera kita, apabila rasanya telah puas hati, matikan api.
  7. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment