Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada Brazil.
Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka. Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
MELAWAN PENYAKIT KANSER
MENGEKALKAN KESIHATAN MATA
MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI BADAN
Bayam Kaya
dengan pelbagai vitamin dan mineral, sayur bayam juga boleh melindungi dan
menguatkan sistem imun badan. Kandungan vitamin A, vitamin C dan vitamin E yang
tinggi dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang
diperlukan bagi menyokong sistem ketahan badan.
MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
Kandungan
serat larut yang tinggi dalam sayuran ini juga baik untuk kesihatan
penghadaman. Ia dapat membantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan
daripada sembelit.
MEMBANTU MELANCARKAN DARAH
MENGEKALKAN KESIHATAN IBU MENGANDUNG
MENGEKALKAN STAMINA
Antara
lain khasiat Bayam Brazil adalah seperti berikut
- Mencegah Anemia
- Mengatasi Masalah Gusi
- Nutrisi Yang Baik Untuk Pembesaran
- Mengekalkan Kesihatan Mulut
- Mengikat Kalsium
- Mencegah Penuaan Pramatang
- Salah Satu Sumber Vitamin K
- Menguatkan Tulang
- Mengelakkan Daripada Sembelit
Bagi mendapat khasiat bersih dari Bayam Brazil, disini saya kongsikan resepi paling sesuai untuk dimasak dan untuk mendapatkan khasiat dalam sayur ini. Resepi saya kongsikan ini adalah Bayam Brazil masak tumis air.
BAHAN BAHAN
- Seikat Bayam Brazil dipotong
- Sebiji bawang merah dihiris nipis
- Sebiji bawang putih dihiris nipis
- Sebiji lada merah dihiris nipis
- 5-6 ekor ikan bilis dibasuh bersih
- 1/4 cawan udang putih
- Sepeket cendawan tiram dipotong dan dibersihkan
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
- 3 cawan air
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis.
- Masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau dan masukkan garam.
- Masukkan Bayam Brazil, cendawan tiram, udang dan air.
- Gaul rata dan tambahkan cili merah.Biarkan seketika sehingga sayuran masak dan bolehla dihidanhkan.
No comments:
Post a Comment