Friday, October 22, 2021

KHASIAT DAUN CEKUR UNTUK KESIHATAN

Cekur manis atau turut dikenali sebagai pucuk sayur manis (Jawi: ‏چکور مانيس‎‎) merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia juga dikenali sebagai mani cai (马尼菜) dalam bahasa Cina, dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Daun cekur manis juga sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin.

Ia merupakan sumber vitamin K yang baik. Bagaimanapun, satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis (akibat kepopularannya di Taiwan bagi mengawal berat badan pada pertengahan '90-an) mampu menyebabkan kerosakan paru-paru, akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverine


CIRI CIRI SAYUR CEKUR MANIS

Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 m jika tidak dicantas. Batang separa berkayu, tidak banyak percabangan jika tidak dicantas, berwarna hijau tua ketika muda, bertukar keperangan setelah matang. Daun tunggal, susunan berselang-seli, berbentuk bujur, hujung tirus, hijau tua di permukaan atas manakala hijau muda di permukaan bawah, tepi rata. Bunga tunggal, kecil, berbentuk bulat, hijau keputihan ketika muda dan bertukar merah jambu ketika tua, keluar dari celah ketiak daun di balik daun. Buah kapsul, bulat, berlekuk enam, sederhana besar, hijau muda ketika muda, bertukar putih keunguan setelah masak, merekah kepada tiga pangsa apabila telah tua bagi melepaskan biji-biji, terdapat di sebalik daun.

 

KHASIAT CEKUR MANIS

Cekur Manis mempunyai banyak khasiat yang telah dibuat kajian. Mengamalkan pemakanan sayur ini akan meningkatkan kesihatan manusia sebagaimana pemakanan terhadap sayuran yang lain. Antara khasiat sayur ini termasuklah :


1.  KAYA DENGAN VITAMIN K

Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K. yang amat baik untuk kesihatan dan merawat penyakit seperti Vitamin K membawa fungsi dan peranan yang berbeza pada tubuh. Antara manfaatnya adalah untuk

  • Kesihatan tulang - Dikatakan mungkin terdapat perkaitan antara pengambilan vitamin K yang rendah dengan osteoporosis. Beberapa kajian menunjukkan vitamin K memberi sokongan terdapat pengawalan dan pembaikan tulang yang kuat, meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.
  • Kesihatan kognitif - Peningkatan kandungan vitamin K dalam tahap darah dikaitkan dengan memori episod yang lebih baik kepada individu dewasa yang lebih berusia. Dalam kajian yang dijalankan, individu berusia lebih 70 tahun dengan kadar kandungan vitamin K yang tertinggi, mempunyai tahap ingatan dan memori episod yang tertinggi.
  • Kesihatan jantung- Vitamin K membantu menurunkan tekanan darah, dengan mencegah mineralisasi – mineral terhasil di arteri – ini membolehkan jantung mengepam darah secara bebas pada seluruh bahagian tubuh. Masalah mineralisasi juga berlaku seiring dengan peningkatan usia dan ia merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Pengambilan vitamin K yang mencukupi dapat mengurangkan risiko strok.

 

2. KAYA KANDUNGAN PROVITAMIN A, B DAN C

Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, C protein dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang.

 

3. MERAWAT TEKANAN DARAH RENDAH

Ia dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular).

 

4. MEMULIHKAN KESIHATAN

Daun cekur manis sangat berguna bagi memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin.

 

5. MENAMBAH SUSU

Selain itu, sayur cekur manis juga berupaya meransang pengeluaran susu ibu bagi wanita-wanita yang menyusukan anak.

 

Daun cekur manis juga boleh merawat :

 

  1. Pening kepala
  2. Tekanan darah rendah
  3. Panas badan
  4. Pengeluaran susu ibu yang kurang
  5. Sistem pembuangan air kecil bermasalah
  6. Penyakit jantung dan saluran darah (cardiovaskular)
  7. Wanita yang baru bersalin

RESEPI SAYUR DAUN CEKUR MASAK TUMIS AIR

Bagi mendapatkan khasiat total daripada daun cekur atau pucuk manis ini, disini saya kongsikan resepi semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat sayur pucuk manis
  • 1 peket suhun/fucuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sayur pucuk manis dan ambil daun sahaja . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih ,
  3. kemudian masukkan sayur pucuk manis dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan .
  4. Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .

No comments:

Post a Comment