Ubi kayu (nama botani: Manihot esculenta) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
MENGUATKAN SISTEM BADAN
Kandungan vitamin C dan beta karotin dalam ubi kayu berfungsi sebagai antioksidan yang berperanan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengamal makan ubi kayu secara rutin dan teratur dapat mencegah berbagai penyakit.
MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Kandungan kalium pada ubi kayu mampu menurunkan tekanan darah. Untuk mendapatkan hasil yang baik, seharusnya kita tidak menggunakan garam berlebihan ketika memasak ubi kayu. Penggunaan garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah.
MENJAGA KESIHATAN MATA
Kandungan beta karotin pada ubi kayu sangat baik untuk kesihatan mata. Selain itu, kandungan ini juga berfungsi mencegah berbagai macam penyakit yang berhubung dengan mata, seperti rabun jauh dan katarak. Anda digalakkan mengambil anggaran 200 gram ubi kayu yang sudah direbus. Cara ini diyakini sangat efektif untuk mencegah kerosakan mata.
MERANGSANG SARAF OTAK
Kandungan zat kolin yang terdapat pada ubi kayu berfungsi membantu proses kimia dalam sel saraf otak.Ia sangat baik untuk pesakit Alzheimeir yang mana ia dapat menghadkan kerosakan neuron di dalam otak. Zat ini berfungsi mempertahankan membran sel dan meningkatkan memori serta mengawal radikal bebas.
MENCEGAH PENUAANKandungan beta karotin yang diubah menjadi vitamin A dapat mempercepat proses pembentukan sel kulit baru. Proses ini dapat melambatkan proses penuaan.
MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
Mengamal makan ubi kayu sangat baik untuk kesihatan jantung. Ubi kayu memiliki kandungan serat dan kalium yang berperanan penting dalam menurunkan kolesterol berlebihan dalam darah. Fungsi ini dapat mencegah penyakit jantung secara efektif.
MENCEGAH PENYAKIT DIABETIS
Ubi kayu memiliki kandungan nutrien yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Nutrien ini berfungsi mengurangkan sel-sel terhadap insulin. Kandungan tersebut dapat mencegah penyakit diabetes.
MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMANUbi kayu bebas daripada gluten maka ia sangat sesuai bagi orang yang mengidap penyakit celiac, sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil dan gangguan penyerapan nutrien daripada makanan. Makan ubi kayu merupakan altenatif bagi orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum yang mengandungi banyak gluten.
MENGGANTIKAN SUSU
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ubi kayu boleh digunakan untuk mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu hamil.
MENGUATKAN TULANGUbi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B6), riboflavin dan asid pantothenic. Ubi kayu adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K yang baik untuk struktur jisim tulang seterusnya menguatkan tulang.
MENCEGAH RADANG SENDI
Ubi kayu juga mengandungi phyto-kompaun dikenali sebagai saponin yang bertindak balas sebagai steroid semulajadi. Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu, ia menghasilkan sabun semulajadi atau syampu. Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi. Ubi kayu sering digabungkan dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid.
MENCEGAH BATU KATANG
Kajian mendapati bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Ini bermakna, ubi kayu membantu untuk memecahkan atau menghalang terbinanya kapur batu karang, batu karang hempedu. Ia juga boleh membantu pemulihan gejala seperti radang prostat.
MENYEJUKKAN BADAN
Ubi kayu yang digabungkan dengan beras boleh membantu menyejukkan badan dalam perubatan tradisional India. Ha, bukan sebarangan ubi kayu ni. Banyak khasiatnya tu. Jadi boleh la amal makan ubi kayu.
No comments:
Post a Comment