Saturday, October 23, 2021

KHASIAT ANGGUR MERAH UNTUK KESIHATAN

Anggur ([ang.gur], Jawi: ‏اڠݢور‎‎), jabik (Jawi: جبيق‎) atau jabit (Jawi: جبيت‎, nama saintifik: Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang ditanam untuk mendapatkan buah gugusannya yang baik dimakan segar ataupun diproses membuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.Penanaman anggur banyak di negara beriklim subtropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi sejak dimulakan sekitar tahun 1980-an. Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur kerana iklim setempat musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakkan pokok anggur berbunga dan berbuah semula jadi.

Anggur merah mudah sangat kita jumpa. Kat pasar malam, pasar raya mesti ada punya. Kalau sebelum ni kita makan je, tak banyak cerita, tapi memang banyak manfaat anggur merah ni untuk kesihatan kita rupa-rupanya.Antara manfaatnya:


1. MELINDUNGI JANTUNG

Dapat mengatasi timbulnya gumpalan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. KESIHATAN OTAK

Anggur dapat menguatkan otak dan ingatan.


3. KULIT CANTIK 

Dapat menyihatkan dan mencantik kerana antioksidan dalam anggur merah, disebut lebih 50 kali dari vitamin E, dan 20 kali lebih dari vitamin C.


4. TURUNKAN BERAT BADAN

Anggur tidak mengandung kalori tinggi dan sumber kandungan nutrisi tinggi membantu mengurangkan berat badan secara konsinsten.

5. MEREDAKAN SAKIT LUTUT

Amalan makan anggur merah secara rutin, boleh mencegah rasa sakit yang berpunca dari osteoartritis. Sendi akan lebih fleksibel dalam bergerak, karena anggur merah mengandung polifenol. 


6. MENYIHATKAN MATA

Anggur merah dapat meningkatkan protein pelindung di retina dan mampu mencegah stres oksidatif. Kandungan flavonoid dalam anggur merah mampu mencegah katarak.


7. TINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH 

Sebab kandungan resveratrol yang tinggi, secara alami boleh meningkatkan kekebalan tubuh.


8. MENGATASI RADANG 

Resveratrol dalam anggur merah memiliki tugas untuk mencegahnya.


9. MENGANDUNGI KALIUM

Mampu mencegah tekanan darah tinggi dan kesehatan jantung.

10. BERSIFAT ANTI BAKTERIA

Sebab, kandungan antibakteri dan antivirus dalam anggur merah, sangatlah tinggi. Malah anggur merah sering digunakan untuk melawan berbagai penyakit, seperti virus polio dan herpes.


11. TINGKATKAN FUBGSI BUAH PINGGANG 

Anggur merah dapat menurunkan kadar asid urik dalam badan anda. Asid dikeluarkan dari badan dan akhirnya mengurangkan beban kerja buah pinggang. Ini diharapkan dapat bantu cegah penyakit buah pinggang dari terjadi.

12. MELAWAN PENYAKIT NEURODEGENARATIF

Kandungan resveratrol dalam anggur merah, terbukti boleh melawan penyakit seperti Alzheimer. Antioksidan pada buah ini, membantu tubuh untuk mencegah kemunculan, Anggur merah pun dipercaya mampu meningkatkan kinerja otak dalam mengingat.


13. ANTI KANSER 

Kandungan resveratrol dalam anggur merah melindungi kulit dari sinar UV matahari dan menjaganya dari kanser kulit.  Resveratrol mampu menjaga tubuh dari radiasi, ketika sedang menjalani perawatan kanser.

Anggur merah adalah buah yang rendah kalori. Tidak hanya memberikan nutrisi yang banyak, tapi juga menjaga kita dari berbagai macam penyakit serius. Sudahkah korang makan anggur merah hari ini? Walau pun anggur merah disebut sebagai buah yang kaya akan nutrisi dan kandungan baik, jangan ambil secara berlebihan pulak.


No comments:

Post a Comment