Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan. Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.Antara khasiat lain adaah seperti berikut :
1) KHASIAT TIMUN MENGHIDRASI BADAN ANDA.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum
air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana
timu mengandungi 90% air.
2) KHASIAT TIMUN MENGHILANGKAN PANAS BADAN DARI LUAR DAN
DALAM.
Makan timun untuk mengurangkan
pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3) KHASIAT TIMUN MEMBUANG TOKSIN DARI BADAN.
Cecair yang ada dalam timun
bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda.
Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney
stone).
4) KHASIAT TIMUN MEMBEKALKAN KEPERLUAN VITAMIN HARIAN ANDA
Timun mempunyai sebahagian besar
vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B
dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi
anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam
dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12%
keperluan vitamin C harian anda.
5) KHASIAT TIMUN MEMBEKALKAN MINERAL MESRA KULIT
Timun mengandungi kandungan tinggi
kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan
kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
6) KHASIAT TIMUN MEMBANTU DALAM PENURUNAN BERAT BADAN DAN
PENGHADAMAN
Disebabkan kandungan air yang
tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang
yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda.
Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan
timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang
anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil
timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7) KHASIAT TIMUN MEMULIHKAN MATA
Meletakkan kepingan sejuk timun
adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu
mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai
ciri-ciri anti radang.
8) KHASIAT TIMUN MELAWAN KANSER
Timun mengandungi
secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat
untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari,
payudara, prostat dan kanser rahim.
9) KHASIAT TIMUN MENYEMBUHKAN KENCING MANIS, MENGURANGKAN
KOLESTEROL DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
Jus timun mengandungi hormon yang
diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada
pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan
tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat,
kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun
adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah
rendah.
10) KHASIAT TIMUN MENYEGARKAN MULUT
Jus timun boleh membantu menyembuhkan
dan menyegarkan sakit gusi.Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk
menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda
dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan
membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas
yang tidak menyenangkan.
11) KHASIAT TIMUN MENYIHATKAN KUKU DAN RAMBUT
Keajaiban Silika, mineral dalam
timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan
silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
12) KHASIAT TIMUN UNTUK KESIHATAN SENDI, MELEGAKAN ARTRITIS
DAN SAKIT GOUT
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
13) KHASIAT TIMUN MENYEMBUHKAN MABUK (HANGOVER)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi
atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur.
Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak
nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.
No comments:
Post a Comment