Tuesday, December 1, 2020

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN DAUN LIMAU PURUT

Limau Purut  (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.  Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia.

la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan.


MAKSUD KELEMUMUR

Kelemumur ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala. Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana. Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.

Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran.Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang.Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit.Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT

Masalah kelemumur ni memang dah sinonim dengan kite kan.  Kalau tak gatal tak pe lagi. Ni tak, memang mengganggu lagi lagi kite yang berhijab. Berikut saya kongsikan cara hiolangkan kelemumur menggunakan daun limau purut


CARANYA 

  1. Ambil 10 helai daun limau purut. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
  2. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
  3. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 3 ke 4 minit. Bilas sehingga bersih.



No comments:

Post a Comment