Kangkung atau Kangkong (Jawi: کڠکوڠ);(nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania.Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.
Di
Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur
tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di
Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil
panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk)
yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak
dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar
seperti Tesco dan Giant.
CIRI CIRI SAYUR KANGKUNG
Kangkong
mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun,
sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun
tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia
mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal
daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga
menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar.
Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga
bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.
Kangkung
merupakan salah satu sayuran yang boleh dituai dalam masa yang singkat.
Kebiasaannya, kangkung boleh di tuai dalam masa 30 hari selepas penanaman.
Untuk mencapai kualiti optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana
batang dan daun agak rapuh dan mudah patah. Kangkung dituai dengan mencabut
pokok bersama akar supaya ia lebih tahan di pasaran. Kangkung kemudianya
hendaklah dibasuh, dirapikan dan dibungkus jika ia adalah untuk jualan pasaran.
Selain itu, kangkung juga boleh dituai untuk kali kedua dengan syarat tuaian
pertama tak dituai sekali dengan akar. Walaupun begitu tuaian kangkung selepas
tuaian pertama akan menghasilkan daun dan batang kangkung lebih kecil dari
biasa.
Kangkung
yang disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 13-15°C dengan kadar kelembapan
relatif 90-95% mempunyai jangkahayat 5-7 hari. Seperti sayur berdaun lain,
kangkung amat sensitif dengan gas etilena dan perlu dielak dari disimpan
bersama dengan produk yang mengeluarkan gas etilena terutamanya buah-buahan.
Sayur kangkung dikatakan mempuyai banyak khasiat iaitu antaranya Kajian yang dilakukan terhadap tikus mengandung dengan diabetes-cetusan menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di usus. Antara khasiat lain Sayur Kangkung :
1. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL DALAM DARAH
kandungan
sterol yang tinggi dalam sayur kangkung mampu menurunkan kolesterol jahat dalam
darah secara semula jadi.
2. PENJAGAAN DARI PENYAKIT
JANTUNG
kangkung
mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk jantung. Kandungan nutrien
berkhasiat seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh
menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini
boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit
jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein
di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan
jantung atau strok.
3. MELINDUNGI HATI
Peranan
kangkung dalam memelihara kesihatan hati adalah dengan mengaktifkan sistem
enzim hati yang akan membersihkan hati (detoks) dari toksin dan racun. Selain
itu, kangkung juga mempunyai sifat antikosida dan antiradang yang boleh
mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas.
4. MENCEGAH ANEMIA
Kandungan
zat besi yang tinggi di dalam sayur kangkung menyebabkan sayur ini sering
disyorkan kepada pesakit anemia. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah
merah. Disebabkan ini, kangkung juga baik untuk ibu mengandung bagi memenuhi
keperluan zat besi yang lebih tinggi.
5. MENCEGAH KENCING MANIS
ATAU DIABETIS
Peranan
kangkung dalam mencegah penyakit diabetes adalah dengan melambatkan penyerapan
gula ke dalam darah dan membantu mengangkut gula dalam darah ke dalam sel-sel
badan. Pemberian ekstrak kangkung kepada tikus makmal menunjukkan keberkesanan
penurunan bacaan gula yang sama seperti ubat diabetes. Namun lebih banyak lagi
kajian diperlukan untuk menunjukkan kesan yang sama kepada pesakit diabetes.
6. MENCEGAH KANSER
Kangkung
adalah salah satu pilihan makanan yang digunakan dalam rawatan tradisional
untuk mencegah dan merawat kanser. Malahan, kajian in vitro (ke atas sel dalam
piring petri) menunjukkan kangkung memberi kesan sitotoksik kepada sel-sel
kanser buah pinggang, jantung dan juga larink (peti suara).
7. MENJAGA KESIHATAN MATA
karotenoid,
lutein, zeaxanthin dan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata. Lutein dan
zeaxanthin boleh melindungi daripada penyakit mata seperti degenerasi macula
yang menyebabkan gangguan penglihatan pusat pada orang tua. Kajian menunjukkan
dua komponen ini menapis cahaya biru berbahaya dan memelihara kesihatan macula.
Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan lutein daripada sayuran berdaun
hijau seperti kangkung dikaitkan dengan penurunan penyakit katarak (kekaburan
kanta mata).
8. MENJAGA KEKUATAN TULANG
Nutrien
seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang
dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan
magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang
daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang.
Saya
kongsikan 1 resepi sayur kangkung sambil baca artikel artikel kesihatan dan
kebaikan kangkung
SAYUR KANGKUNG MASAK TUMIS BELACAN
BAHAN BAHAN:
- 2 ikat sayur kangkung kampung
- Sedikit petai
- 1/2 tangkai cili merah
- Garam
BAHAN TUMBUK KASAR:
- 3-4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 8 tangkai cili api merah & hijau
- Sedikit belacan
- Sejemput ikan bilis
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata.
- Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung.
- Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak.
No comments:
Post a Comment