Friday, October 22, 2021

KHASIAT JANTUNG PISANG

Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan

Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana di eksport ke Germany. Walaupun di eksport bertan, tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan dari Germany.   Kalau satu jantung pisang dijual dikampung2 di Thailand dgn harga 20 Baht atau dlm RM1.20 satu, tetapi bila dieksport ke Germany harganya 1000 Baht atau RM120.00 satu jantung.

Mengapa orang Germany suka jantung pisang? Untuk menjaga kesihatan dan untuk menurunkan berat badan. Orang Germany sekarang sudah beralih tidak memakan daging, sebagai ganti mereka guna jantung pisang. Mereka on 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran. Mereka masak kari, masak goreng ayam dough (?), buat sup dan salad.

Jantung pisang mempunyai serat sprt daging. Selain itu ia juga adalah ubat herba.  Banyak manfaat jantung pisang ini rupanya:

  1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.
  2. Membanyakkan susu ibu.
  3. Rawatan gastritis.Rawat luka segar dan menghisap nanah.
  4. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.
  5. Kurangkan gula dlm darah untuk pengidap kencing manis.
  6. Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.
  7. Membantu aliran darah dengan baik.
  8. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.
  9. Membuat kulit licin.

Bagi pengenalan khasiat Jantung pisang disini saya kongsikan satu resepi sambil baca khasiat boleh la masak resepi ni.

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK DENGAN UDANG

BAHAN BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang
  • 250 gram santan segar
  • Udang
  • Garam
  • Gula - opsyenal

BAHAN KISAR:

  • 2 tangkai cili merah
  • 4-5 tangkai cili api - ikut pedas disukai
  • 4-5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN

  1. Jantung pisang dikupas sehingga bahagian kulit yang berwarna cerah. Kemudian dibelah 4 dan direbus sehingga lembut. Angkat dan hiris mengikut yang disukai. Basuh dan tos.
  2. Tuang bahan kisar di dalam kuali dan masak atas api kecil seketika sehingga hampir kering. Tuang santan dan kacau rata sehingga hampir mendidih.
  3. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Masukkan jantung pisang dan garam serta gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.



No comments:

Post a Comment