Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakit jantung adalah sakit koronari jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.
Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai
penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan
bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada
jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah
teruk boleh meyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya
kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina
pektoris dan infarksi miokardia.
Penyakit jantung tersumbat kerana kelestrol sememang cukup banyak berlaku di Malaysia sekarang ini dan boleh dikatakan setiap hari masyarakat Malaysia mengalami kematian kerana masalah saluran jantung yang tersumbat yang berpunca daripada kelestrol. hari ini saya ingin berkongsi sejenis herba yang amat mudah di dapatkan serta banyak membantu mereka yang bermasalah tersebut.Herba yang saya maksudkan itu ialah daun sukun,
- Ambil sehelai daun sukun
- Dan rebus dengan tiga gelas air putih
- kemudian minum air rebusan itu sehari tiga kali ln Sha Allah dengan rebusan air daun sukun itu kelestrol yang menutupi saluran jantung kita akan dapat di buang setelah kita mengamal meminum air rebusan daun sukun ini setiap hari dan Alhamdulillah ramai pesakit telah berjaya setelah mengamalkan petua ini.
No comments:
Post a Comment