Tuesday, December 1, 2020

KHASIAT AIR KELAPA

Kelapa (bahasa Inggeris: coconut) atau juga lebih dikenali sebagai nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun pinnate sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun pinnae sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut, santan dan minyak masak seharian. Korang nak tau tak, kalau kita minum air kelapa selama seminggu secara konsisten, apa jadi pada badan kita? Berikut merupakan khasiat air Kelapa Muda : 

1. KUATKAN IMUNISASI

Melawan virus selesema, typhus dan penyakit berjangkit dan menghilangkan bakteria penyebab pada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing.


2.  BERI TENAGA

Air kelapa meningkatkan penghasilan hormon yang memberi tenaga pada tubuh badan. Bila kita minum air kelapa secara konsisten, kita dapat rasakan badan lebih segar, ringan dan bertenaga.


3. BUANG TOKSIN 

Air kelapa bersifat diuretik semula jadi yang membuang toksin dalam badan. Ia dapat mengelakkan dari terjadinya batu karang.  Bagi yang ada masalah batu karang, memang disarankan minum air kelapa.


4. BAGUS UNTUK SISTEM PERKUMUHAN 

Mudah membuang air besar dan elakkan sembelit terjadi.


5. TURUNKAN BERAT BADAN

Semakin banyak minum air kelapa, semakin kurang selera makan kita. Sebab ia mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.  Lagi bagus bila dimakan dengan isinya sekali. , kandungan fiber kelapa adalah tinggi.


6. KURANG SAKIT KEPALA / PENING

Bila badan terlalu dehidrasi dan stres, kita mudah diserang sakit kepala. Kandungan elektrolit dari air kelapa mampu mengembalikan ion badan yang hilang akibat kekurangan air.


7. KULIT SEMAKIN BERSERI DAN MUDA 

Bila banyak minum air kelapa, semakin tinggi kandungan air dalam badan. Ini menjadikan kulit kita tak lagi kering dan kusam. Ia juga adalah salah satu amalan untuk awet muda. Air kelapa dapat mengurangkan masalah glaucoma dan katarak. Ia juga dapat elakkan risiko sakit jantung. Selain diminum begitu, air kelapa ni boleh jugak dinikmati dengan bermacam cara lain. Ada ‘coconut shake’, ada aiskrim, ada ‘ice blended’ ada jelly dan banyak lagi.



1 comment: