Sunday, November 29, 2020

KHAISAT SACHA INCI ATAU PINA PINA UNTUK KESIHATAN

Pokok Pina-pina atau nama saintifiknya Pterococcus corniculatus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEANAda yg panggil pokok pina pina,  sacha inchi,mempina, kacambai, kacang gunung, omega, kacang bintang, rambing dan banyak lag nama. Pokok ni sgt banyak khasiat, Dr noordin darus panggil pokok ni Raja Omega sebab 17 kali ganda melebih omega minyak ikan. Bila minum daunnya dibuat teh, kencing manis terus turun.

Sacha Inchi kurang dikenali di malaysia, ia berasal dari Hutan Amazon Peru dan sudah lama ditanam serta digunakan sejak beribu tahun yang lalu oleh masyarakat orang asli Inca di Peru sebagai herba ubat disana. Biji Sacha Inchi mempunyai kandungan protein tinggi sebanyak 27% dan minyak sebanyak 35%-60%.

Minyak didalam Biji Sacha Inchi kaya dengan asid lemak penting seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin A dan E sekaligus menjadikannya sumber antioksidan yang terbaik sehingga digelar 'Power Food' oleh negara2 tertentu.

Biji Sacha Inchi tidak boleh dimakan secara mentah kerana sukar ditelan, melekat dan tersangkut pada kerongkong. Perlu dipanggang menggunakan oven atau digoreng tanpa minyak bersama kulitnya sebelum dimakan isi dalam sebagai kacang atau dimasukan kedalam kapsul supaya mudah ditelan

KHASIAT POKOK PINA PINA


  1. PUCUK boleh dibuat ulam atau masak sayur
  2. DAUN boleh buat masak sayur atau dikeringkan dan dibuat teh
  3. KACANG yang muda berwarna hijau dibelah dua dimasak sayur
  4. KACANG yang tua berwarna coklat, dikupas kulit dan digoreng tanpa minyak atau dipanggang juga boleh dibuat serbuk kopi, minyak, kapsul dan juga boleh dibuat produk kecantikan dan kesihatan
  5. AKAR boleh diproses menjadikan sabun, sgt elok utk penyakit kuli


Antara khaisat lain adalah seperti berikut ;

  1. Untuk kesihatan jantung.
  2. Mengawal kencing manis
  3. Mengawal kolestrol dalam darah.
  4. Melancarkan perjalanan darah
  5. Mencerdaskan otak.
  6. Anti kanser.
  7. Melancarkan dan menjaga sistem buah pinggang.
  8. Pulih tenaga batin lelaki  dan wanita

 

Kegunaan Lain

Minyak dari biji Sacha Inchi banyak digunakan didalam produk kosmetik sebagai agen pembantu menyihat dan melembabkan kulit sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan juga jeragat kulit, ia juga mampu menyembuhkan penyakit2 kulit serta bantu tingkatkan kesuburan rambut.

 


No comments:

Post a Comment