Tuesday, December 1, 2020

KHASIAT POKOK PECAH BELING @BAYAM KARANG@ NGO KILO@ KEJI BELING DAN JIN BATU

POKOK pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian. Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.

Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.

Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.

MERAWAT BATU KARANG

Ada seorang bertanya pada saya apa petua yang mudah tentang masalah penyakit batu karang, jadi saya kongsi kan cara petua yang mudah, cari lah bayam karang atau pokok pecah kaca,  Oleh itu ia bagus bagi mereka yang bermasalah dengan penyakit batu karang, dan saya mencerita kan pokok pecah kaya juga elok untuk penyakit kanser payu dara

Cara kegunaannya untuk penyakit batu karang ialah merebus daun dari pokok ini. Cara rebusan daun ini ialah ambil lima helai daunnya untuk satu cawan. Minumlah air rebusan itu dua cawan untuk sehari.

Cara kegunaan penyakit kanser payu dara pula rebus tujuh helai untuk secawan air,dan minum sehari tiga cawan


No comments:

Post a Comment