Sunday, November 29, 2020

KHASIAT BUAH DAN KULIT MANGGIS

Manggis (Garcinia mangostana) ialah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih daripada 100F, biji benih mati pada 45F.

KHASIAT BUAH MANGGIS

  • Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
  • Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar sesuku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Orang-orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga menggunakannya bagi mengubat cirit-birit.
  • Selain itu, manggis juga mempunyai cathechins, polyphenols dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
  • Vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperolehi secara semulajadi daripada pemakanan manggis.


Lain lain khasiat yang ada daripada Buah Manggis dan lain lain bahagaian dari Manggis adalah seperti berikut :


KHASIAT DARIPADA KULIT MANGGIS

Petua kulit manggis adalah seperti berikut. Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.


CIRIT BIRIT

Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati CIRIT BIRIT  Caranya ialah kulitnya diasah pada pasudan airnya diminum. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.


DARAH TINGGI

Mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke. Ambil beberapa pucuk daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang


KENCING MANIS

Daun manggis terbaik bagi penyakit kencing manis. 

  • Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau.(rasapun macam air teh).
  • Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.


BERAK BERDARAH

Ambil segenggan kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama 5 cawan air hingga tinggal 1 cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.


ULSER MULUT

Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.


LUKA GIGITAN SERANGGA

Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.


BUASIR

Keringkan kulit buah delima + kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.


MEMUTIHKAN GIGI

Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.


LANCAR HAID

Air rebusan akar manggis digunakan untuk  melancarkan haid.


GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya ambil buah manggis Kupas, isi dia enak di makan , ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.


MENURUNKAN BERAT BADAN

Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.


MENGECUTKN CYST

Rebus kulit manggis  minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi &  malam.


No comments:

Post a Comment